Tuesday, November 10, 2009

GMS Bukan Pertubuhan Haram

Salam kembara dakwah....
Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi atas nikmat2 Nya yang tidak pernah putus dari kita selama ini, dan nikmat yang paling besar buat kita adalah nikmat IMAN dan ISLAM. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.a.w, keluarga Baginda, serta sahabat2 baginda yang stiasa menginfakkan diri, harta dan masa untuk menjadikan ISLAM sebagai agama tertinggi dimuka bumi ini hingga akhir hayat mereka.

Semalam, saya antara mahasiswa yg turut hadir dalam Himpunan mahasiswa Peringkat KUIS atau dipanggil HIMSIS. Saya yakin ramai mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran KUIS selama ini. Saya juga tertanya-tanya semalam, mengapa persoalan yang sepatutnya dijawap oleh pentadbiran, dijawap oleh MPM ? Sedangkan pihak tertinggi pentadbiran juga turut hadir semalam dalam HIMSIS.Dan persoalan kedua, mengapa MPM beriya2 sgt nk mempertahankan pentadbiran dalam hal kebajikan mahasiswa? sedangkan keseluruhan mahasiswa sudah tahu sikap pentadbiran yang acu tak acu dalam menjaga kebajikan mahasiswa..tak faham7x..

Berbalik kepada tajuk asal penulis, semalam juga ada shbt yg bertanya mgenai status Gerakan Mahasiswa Sedar ( GMS ) samada pertubuhan berdaftar atau pun pertubuhan haram. Saya ingin membuka minda semua sahabat2 yang masih tertanya2 mgenai pkara ini. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) bukanlah satu pertubuhan atau persatuan, sebaliknya ianya hanya satu gerakan kesedaran dikalangan mahasiswa yang inginkan keadilan, menghapus kezaliman terhadap mahasiswa dan memperjuangkan kebajikan mahasiswa secara keseluruhan. Gerakan ini diwujudkan untuk menghimpunkan suara seluruh mahasiswa yang ada kesedaran. Jadi Persatuan dan gerakan adalah dua perkara yang berbeza. Saya berharap sahabat2 boleh faham mgenai pkara ini.

Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS)diwujudkan bukan bermatlamatkan kepentingan peribadi mana2 individu atau mana2 pihak, tetapi atas kesedaran mahasiswa yang inginkan perubahan positif berlaku pada KUIS. Saya yakin, seandainya kita semua bersatu untuk matlamat yang sama, InsyALLAH keadilan pasti tertegak.

Sahabat2..
hanya dengan kasih mengasihi karena Allah hati akan bertemu, hanya dengan membangun jalan ketaatan hati akan menyatu, hanya dengan meniti di jalan dakwah ia akan berpadu dan hanya dengan berjanji menegakkan kalimat Allah dalam panji-panji jihad fi sabilillah ia akan saling erat bersatu.

TA’LIFUL QULUB (menyatukan hati dan perasaan)...

Kelapang dada akan melahirkan sikap selalu memahami dan bukan minta dipahami, selalu mendengar dan bukan minta didengar, selalu memperhatikan dan bukan minta perhatian, dan belumlah kita memiliki sikap kelapangan dada yang benar bila kita masih selalu memposisikan orang lain seperti posisi kita, meraba perasaan orang lain dengan radar perasaan kita, menyelami logika orang lain dengan logika kita, maka kelapangan dada menuntut kita untuk lebih banyak mendengar dari berbicara, dan lebih banyak berbuat dari sekedar berkata-kata. “Tidak sempurna keimanan seorang mukmin hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya”. ( HR. Bukhari Muslim) :)

1 comment:

  1. Terdetik juga di dalam benak kepala ini, mana satu terma yg menunjukkan MPMKUIS mempertahankan pentadbiran? Bendanya mudah. Presiden ada di masjid. Ada di pejabat. Ada di qaryah kediaman. Jumpa jgn xjumpa.

    Yang dinyatakan pada HIMSIS itu semuanya ialah apa yg dia telah usahakan. Persoalan yang dia bawa & apa yg GMS bawa adalah sama cuma method penyampaian yg berbeza.

    Bila dia bentangkan apa yang dia dh usahakan kena plk apa yg GMS utarakan itu sama dgn agenda dia, dikatanya itu suara pengurusan. Pelik!

    Kemudian tuduh pulak mcm2 kt Presiden Nasrul Izad. Yg sedapnya, Presiden xde pulak balon GMS kerana dia tahu kamu adalah amanah bukan musuh dia.

    Dia sudah bentangkan apa yg dia berjaya usahakan tapi sayang xde seorg pun yg menggelarkan diri pejuang pergi berjumpa dgn dia yang mewakafkan diri kepada mahasiswa di saat org2 lain enggan (ketika PRK) utk berterima kasih.

    ReplyDelete