Saturday, December 27, 2008

Akta Universiti & Kolej Universiti, Pindaan @ Pemansuhan?

Assalamualaikum & Salam Mahabbah,

Selaku seorang Mahasiswa, adi tertarik untuk memberikan pandangan pro & kontra jika AUKU ini dimansuhkan atau dipinda. Seperti yg kita ketahui yg menjadi titik tolak perbincangan mahupun polemic yg diperkatakan tentang AUKU ini adalah berkisar terhadap kebebasan Mahasiswa untuk bersuara & terlibat dalam politik negara.

Pertama sekali, kita melihat pro jika AUKU ini dimansuhkan ataupun dibuat sedikit pindaan. Mahasiswa yg aktif dalam berpolitik pastinya akan bergembira kerana mereka mampu utk memberikan pandangan dengan bebas terhadap permasalahan yg melingkari kehidupan mereka sebagai Mahasiswa. Malah mereka juga bebas utk terlibat dengan sebarang aktiviti politik yg dianjurkan oleh mana-mana parti samada dari pihak Kerajaan ataupun Pembangkang. Mahasiswa juga tidak perlu lagi takut utk terus menghentam Pihak Pengurusan Universiti tentang ketidakpuasan atau permasalahan mereka. Budaya perdebatan akan terus melingkari bicara kampus. Pihak Pengurusan Universiti pastinya akan mempersiapkan diri mereka utk menghadapi golongan reformasi ini sebagaimana perjuangan reformasi suatu masa dulu yg dipelopori oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dari segi kepimpinan, ia merupakan suatu yg terbaik jika Mahasiswa aktif dalam politik dan terlibat secara terus dengan politik negara. Malah ramai pemimpin hari ini lahir dari Mahasiswa yg aktif berpolitik suatu masa dulu. Namun sedar atau tak sedar, yg hari ini juga Mahasiswa mempertikaikan Menteri-menteri yg tidak mempunyai latarbelakang pendidikan yg tinggi iaitu sehingga tahap Doktor Falsafah ataupun Master kerana hari ini mahasiswa lebih intelek.

Secara kontranya, adakah wujud jaminan bahawa Mahasiswa yg aktif dalam politik ini juga cemerlang dalam AKADEMIK ? Adakah mereka boleh tamatkan pengajian dengan "2nd Class Upper atau 1st Class ? Adakah kerana reformasi perjuangan ini kita juga akan melahirkan pemimpin negara yg hanya ada Ijazah Sarjana muda semata - mata ? Adi tinggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama fikirkan...

Sebagai konklusi, adi menyokong pemindaan AUKU utk memberi sedikit kebebasan kpd mahasiswa utk bersuara mahupun terlibat dengan politik tetapi ia juga tidak menidakkan hak mahasiswa lain yg tidak cenderung kpd politik. Ingatlah, syariah & undang-undang bukan untuk mengongkong tetapi untuk mendidik kita lebih berdisiplin.


Friday, December 26, 2008

Mukaddimah Adi

Alhamdulillah, Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa Alihi Wa Ashabihi Ajami'n.

Adi bersyukur kepada_Nya kerana diizinkan untuk memiliki wasilah dakwah ini (blog). Mudah-mudahan dengan adanya wasilah ini, adi dapat menyuarakan hasrat hati adi seterusnya menyebarkan dakwah keseluruh alam......

Adi berharap moga Allah s.w.t meredhai segala perbuatan dan usaha adi dalam menjadikan wasilah ini sebagai salah satu medan dakwah seterusnya dapat membantu dalam mendaulahkan Islam dalam kampus adi, daerah, negeri, dan negara adi dan yang paling penting keseluruh alam..

Akhirnya, adi memohon keampunan dan rahmat daripada-NYa..

Santapan Untuk Sahabat Sefikrah :-

Dalam merentasi perjuangan Islam para pejuang dan pendakwah perlu meneliti dirinya dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Mereka harus meneliti di mana kedudukan diri mereka dalam persoalan iltizam dan commitment terhadap Islam supaya mereka tidak tergolong di kalangan orang-orang yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam FirmanNya yang bermaksud:


“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?” (Surah Al-Baqarah : ayat 44)

Oleh itu bagi pendokong-pendokong gerakan Islam, Tarbiyyah Ruhiyyah merupakan satu perkara yang penting di dalam merealisasikan kerja-kerja dakwah dan perjuangannya. Mereka yang selalu menekankan tarbiyyah ruhiyyah yang diberikan oleh Allah akan kekuatan dan ruh perjuangan untuk terus cekal dan istiqomah di dalam perjuangan ini. Di dapati dalam Sirah bahawa rasulullah saw bersama-sama para sahabatnya membangunkan agama Islam dalam keadaan lemah dan sedikit pada awalnya tetapi mereka mampu untuk menjadi kuasa yang digeruni oleh musuh-musuh Islam kerana tarbiyyah yang Rasululah saw terapkan, iaitu Tarbiyyah aqidah dan Tarbiyyah ruhiyyah yang menjadikan mereka golongan yang tidak pernah gentar dengan kekuatan musuh yang jauh berkali-kali ganda. Inilah istimewanya Tarbiyyah ruhiyyah yang menjadi aset kepada jamaah untuk mendapat kekuatan baru mendepani musuh-musuh Islam dari pelbagai peringkat.

Orang-orang yang benar-benar rugi menurut neraca Islam di hari Akhirat ialah orang-orang yang rugi dan tidak dapat menyelamatkan dirinya dari seksaan sekalipun mereka dapat merangkul dunia seluruhnya. Sebaliknya orang-orang yang beruntung mengikut neraca Islam ialah orang-orang yang dapat menyelamatkan dirinya dari seksaan Allah di Hari Akhirat kelak.

Bukankah kita telah mendengar Firman Allah swt :

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan” Surah As-Soff : 2-3)