Saturday, September 5, 2009

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Salam kembara dakwah...

Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt yang telah banyak berjasa kepada kita,telah banyak nikmat2 Allah yang kita nikmati sekarang, dan nikmat yang paling besar adalah nikmat Iman dan Islam. Selawat serta salam buat kekasih Nya junjungan mulia nabi Muhammad S.a.w, keluarga baginda serta para sahabat baginda yang telah banyak berjasa dalam menegakkan Islam di mata dunia, sehingga tersebar ke seluruh alam.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana AlQuran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul AlQuran yang berlaku pada malam jumaat, 17 ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.a.w. Mungkin kita selalu menyebut nuzul tapi xtau apa yg dimaksudkan dgn 'nuzul' ?Perkataan 'nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa AlQuran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.a.w, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya bagi mereka-mereka yang serius memikirkan rahsia yang terkandung dalam AlQuran.

Apa pula yg di maksudkan dengan AlQuran ? AlQuran bermaksud bacaan atau himpunan. Didalamnya terhimpun ayat menjelaskan pelbagai perkara meliputi persoalan tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi, dan seluruh aspek kehidupan manusia. Kalimah AlQuran sering dicantumkan dengan rangkai kata "AlQuran mukjizat akhir zaman ". Inilah kelebihan AlQuran, tidak ada satu perkara pun yang tidak diceritakan dalam AlQuran, dengan kata lain semua ada terdapat dalam AlQuran.

Firman ALLAH SWT :

" Dan tidak seekor pun binatang yang melata dibumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada kami tinggalkan sesuatu pun didalam AlQuran ini, kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka ( untuk dihisab dan menerima balasan )".
( Surah An'am : 38 )


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)



Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.



Wednesday, September 2, 2009

Ma'a taufiq Wannajah Fil Imtihan



Salam Kembara Dakwah...
Moga kita semua diberi ketenangan,kefahaman dan kepandaian disaat menghadapi peperiksaan.