Sunday, December 13, 2009

Islam Di Persimpangan, Antara Kejahilan Ummah dan Kelemahan Ulama

Salam kembara dakwah..

Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran yg tidak terhingga utk Allah azzawa jallah diatas segala nikmat2Nya yg tidak pernah putus dari kita..
SElawat serta salam buat nabi junjungan Mulia Nabi Muhammad S.a.w, keluarga baginda, serta para sahabat baginda yg mulia..

Sudah lama tidak update blog,dan sy kembali dengan satu tajuk yg rasa2nya semua pembaca selalu mendengar dan membacanya..

Islam adalah satu agama yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan kemenangan. Ianya pernah melalui zaman kegemilangan dan kemasyhuran. Ianya juga pernah melalui liku-liku keruntuhan dan kebejatan. Sudah pasti pada waktu dan ketikanya ianya pasti kembali bersinar dan terpasak kukuh mewarnai dunia. Tetapi persoalanya adalah, bilakah saat-saat itu akan berlaku sedangkan apa yang menjadi realiti sekarang bagaikan sebaliknya?. Kita sentiasa mendengar bahawa zaman mutakhir ini ialah zaman dimana Islam sedang mendaki kembali jurang kelemahan dan menuju kearah kegemilangan. Tetapi menurut perspektif yang lain pula, terdapat usaha tangan-tangan penganutnya sendiri yang begitu giat mencampak dan menjerumuskannya kembali ke jurang tersebut.
Seringkali diibaratkan bahawa Islam itu bagai air tenang yang sentiasa mengalir tidak akan putus. Tetapi dengan suasana yang berlaku dewasa ini, ianya bagai semakin perlahan dan tersekat-sekat bagaikan keliru untuk meneruskan alirannya lantaran hanya bertemu dua persimpangan yang bakal membekukannya. Mengalir ke laut bakal bertemu dengan kejahilan ummah, mengalir ke sungai disekat dengan kelemahan ulama. Keadaan serba salah ini sudah pasti akan menyebabkan aliran suci Islam bakal terhenti dan membeku seterusnya menjerumuskan kembali agama suci ini kedalam jurang kelemahannya kembali.
Fenomena Kejahilan Ummah Yang Menyedihkan
Suasana abad ke 21 ini bukan sahaja menyaksikan kepesatan pembangunan tamadun manusia, malah ia juga memaparkan satu episod kejahilan ummah moden yang melangkaui zaman kegelapan jahiliah umat-umat terdahulu. Melihat kepada senario yang berlaku di negara-negara umat Islam secara khusus, kita akan mendapati tahap kejahilan yang berlaku adalah amat serius dan tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku di barat. Akibatnya, negara-negara ini terus dijajah dan dikuasai tamadun dan pemikirannya oleh pihak barat yang memang sentiasa menginginkan keadaan itu berlaku.
Secara ringkasnya kita dapat melihat fenomena ini adalah diantara dua aspek yang saling kait mengait antara satu sama lain. Kejahilan dari sudut akidah dan pegangan atau kejahilan dari sudut hukum dan aplikasi konsep keagamaan dalam kehidupan. Bilamana kita bercakap soal kelemahan pegangan akidah sudah tentu ianya bertitik tolak daripada tahap dan nilai keimanan seseorang manusia terhadap penciptaNya. Terlalu ramai dikalangan umat Islam dewasa ini bagaikan sudah tidak kenal agamanya. Mereka hanya dikenali melalui nama Islamnya dan status keagamaan yang terdapat pada kad-kad pengenalan. Itupun sering dipertikaikan kebebasan dan keperluannya. Mereka bukan sahaja tidak mengenal Islam, malah budaya dan adat resam bangsa yang berasaskan keagamaan yang betul semakin hari semakin dilupakan bahkan dianggap ketinggalan zaman dan menghalang kemodenan. Lebih parah lagi apabila ada dikalangan mereka yang bermati-matian memperjuangkan ideologi tersebut diatas nama kemodenan dan hak asasi manusia . Tak kurang juga yang dianugerahkan pelbagai pingat dan darjah kebesaran bagaikan pejuang bangsa dan kemerdekaan hasil dari fikrah songsang yang mereka perjuangkan.

Keadaan ini boleh dilihat pada segala sudut dan nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat pada umat Islam kini. Lihat sahaja muda-mudi dimana-mana negara umat Islam. Secara umumnya mereka adalah golongan yang paling banyak terkesan dengan kanser akidah dan ideologi ini. Mereka bukan sahaja berpakaian dengan pakaian yang tidak melambangkan imej Islam, bahkan tanpa segan silu dan berbangga dengan pakaian-pakaian yang melambangkan agama lain dan ideologi-ideologi sesat. Itu belum lagi disebut soal aurat dan pakaian dari sudut agama dan menepati sunnah.
Hasil dari kejahilan akidah dan pegangan tersebut, maka ianya sudah tentu akan melahirkan satu bangsa dan generasi yang sangat jahil dari segi hukum dan perlaksanaan konsep keagamaan dalam kehidupan. Yang lebih menyedihkan, mereka lebih suka mempertikaikan hukum-hukum Islam daripada mempelajari dan merujuk kepada mereka yang ahli dalam bidang tersebut. Malah mereka juga lebih suka menafsir dan mengolah hukum mengikut kesesuaian hawa nafsu mereka sendiri. Keadaan ini menjadikan mereka semakin hari semakin jahil dan jauh terpesong dari panduan dan hidayah Islam yang sebenar.
Realitinya, kesan dari kejahilan yang berlapis-lapis dari dua sudut diatas sudah tentu menimbulkan pelbagai masalah dan kekeliruan dalam diri individu muslim, masyarakat dan negara umat Islam. Masalah yang paling jelas dan meruncing ialah masalah keruntuhan akidah yang sangat parah. Kes murtad dengan peratus yang sangat tinggi, ajaran sesat yang sangat berleluasa dan juga hukum-hukum agama samada dalam perkara dasar dan cabang yang sering dipermain dan dipertikaikan.
Kanser akidah ini terus merebak sehingga menzahirkan pelbagai symptom dan penyakit zahir yang melemahkan jiwa dan jasad masyarakat Islam. Lihat sahaja masalah gejala akhlak dan moral yang sudah tidak terbendung lagi. Ianya bertitik tolak daripada kepimpinan negara yang lemah dan sistem pendidikan negara yang lompang disana-sini serta undang-undang ciptaan manusia yang sudah terbukti jelas tidak mampu menyelesaikan masalah manusia. Keadaan ini bertambah buruk dengan kemasukan tanpa kawalan pengaruh budaya barat yang sesuai dengan nafsu serakah manusia dan melawan fitrah kemanusiaan dan tuntutan agama.
Selain itu, masyarakat Islam juga dijangkiti dengan virus ideology yang meyeleweng dan tersasar jauh dari panduan dan tuntutan Islam yang sebenar. Mereka lebih suka mementingkan kebendaan dan apa yang zahir dipandangan mata. Idealisma-idealisma songsang seperti Liberalisme, Pluralisme, Hadharisme, Sekularisme dan bermacam-macam lagi isme sesat semakin diterima pakai dan dijadikan pegangan dalam perjalanan kehidupan. Malah perjuangan memartabatkan fikrah-fikrah tersebut dibuka luas dan diberi segala macam kemudahan terutamanya melalui media massa samada media elektronik dan media cetak.
Penyakit-penyakit rohani dan jasmani yang disebutkan tadi akhirnya menyebabkan ummah hilang kesatuan dan berpecah belah. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman di dalam surah Yunus :
Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan agama yang satu (agama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan. dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa yang mereka perselisihkan itu.

Thursday, December 3, 2009

Manipulasi Media Punca Ramai Keliru isu Doa- Nik Aziz

KOTA BHARU, 3 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini.

“Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.

“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.

Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan.

Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.

“Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh),” katanya.

Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.

Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.

“Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

“Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan,” ujarnya.

Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontran yang mendesaknya melepaskan jawatan.

Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.

“Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.

“Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.

“Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan,” katanya.

Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai.

Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang ‘budak nakal’ yang berhimpun semalam.

Thursday, November 19, 2009

APA YANG MANUSIA CARI ?

Kalau ditanya kepada manusia
Apa yang dicari dalam hidupnya
Manusia akan jawab macam-macam ragamnya
Rata-rata semuanya nak berjaya didunia

Kalau belajar, sehingga nak capai ijazah yang pertama
Kalau bekerja, nakkan jawatan besar yang banyak gajinya
Kalau nak tinggal, nakkan rumah yang selesa
Kalau nakkan suami, nakkan yang dapat menyara keluarga
Kalau nak isteri, nakkan yang pandai memelihara
Kadang-kadang kedua-duanya nakkan satu sama lain yang dapat dibangga
Cantik isteri contohnya
Atau ‘hansome’ suami kata isterinya
Kalau ada keluarga, nakkan pula anak-anak yang pandai-pandai belaka

Sudah ada semua dalam hidup kita
Kadang-kadang nakkan pula dikenali oleh manusia
Buatlah kebajikan untuk mencipta nama
Dapat pangkat dato’ pula guna untuk menggoda
Kalau hendak berpakaian nakkan yang berjenama
Kalau hendak makan, nakkan makanan yang banyak zatnya

Apakah semua ini menentukan ketenangan hidup manusia?
Kalau apa yang manusia ada tidak memberi ketenangan didunia
Maka apakah yang manusia cari sebenarnya
Kaya dunia atau ketenangan diri manusia

Pandai belajar didunia, hati masih gundah gulana
Jawatan dan gaji besar masih tak cukup belanja
Tinggal dirumah yang selesa, tidak saperti syurga dunia
Ada sahaja yang tidak kena dengan keluarga
Ada suami ‘hansome’ macam singa
Ada isteri macam naga
Ada anak-anak pula tidak hormat ibu bapa
Apakah ini yang manusia berbangga

Maka apakah yang manusia cari sebenarnya
Kaya dunia atau ketenangan diri manusia
Kalau diberi pilihan ketenangan diri atau kaya dunia
Yang mana satu agaknya pilihan manusia?

Setiap Diantara kita tahu jawapan kita masing2..

Tuesday, November 10, 2009

GMS Bukan Pertubuhan Haram

Salam kembara dakwah....
Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi atas nikmat2 Nya yang tidak pernah putus dari kita selama ini, dan nikmat yang paling besar buat kita adalah nikmat IMAN dan ISLAM. Selawat serta salam buat Nabi Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.a.w, keluarga Baginda, serta sahabat2 baginda yang stiasa menginfakkan diri, harta dan masa untuk menjadikan ISLAM sebagai agama tertinggi dimuka bumi ini hingga akhir hayat mereka.

Semalam, saya antara mahasiswa yg turut hadir dalam Himpunan mahasiswa Peringkat KUIS atau dipanggil HIMSIS. Saya yakin ramai mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran KUIS selama ini. Saya juga tertanya-tanya semalam, mengapa persoalan yang sepatutnya dijawap oleh pentadbiran, dijawap oleh MPM ? Sedangkan pihak tertinggi pentadbiran juga turut hadir semalam dalam HIMSIS.Dan persoalan kedua, mengapa MPM beriya2 sgt nk mempertahankan pentadbiran dalam hal kebajikan mahasiswa? sedangkan keseluruhan mahasiswa sudah tahu sikap pentadbiran yang acu tak acu dalam menjaga kebajikan mahasiswa..tak faham7x..

Berbalik kepada tajuk asal penulis, semalam juga ada shbt yg bertanya mgenai status Gerakan Mahasiswa Sedar ( GMS ) samada pertubuhan berdaftar atau pun pertubuhan haram. Saya ingin membuka minda semua sahabat2 yang masih tertanya2 mgenai pkara ini. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) bukanlah satu pertubuhan atau persatuan, sebaliknya ianya hanya satu gerakan kesedaran dikalangan mahasiswa yang inginkan keadilan, menghapus kezaliman terhadap mahasiswa dan memperjuangkan kebajikan mahasiswa secara keseluruhan. Gerakan ini diwujudkan untuk menghimpunkan suara seluruh mahasiswa yang ada kesedaran. Jadi Persatuan dan gerakan adalah dua perkara yang berbeza. Saya berharap sahabat2 boleh faham mgenai pkara ini.

Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS)diwujudkan bukan bermatlamatkan kepentingan peribadi mana2 individu atau mana2 pihak, tetapi atas kesedaran mahasiswa yang inginkan perubahan positif berlaku pada KUIS. Saya yakin, seandainya kita semua bersatu untuk matlamat yang sama, InsyALLAH keadilan pasti tertegak.

Sahabat2..
hanya dengan kasih mengasihi karena Allah hati akan bertemu, hanya dengan membangun jalan ketaatan hati akan menyatu, hanya dengan meniti di jalan dakwah ia akan berpadu dan hanya dengan berjanji menegakkan kalimat Allah dalam panji-panji jihad fi sabilillah ia akan saling erat bersatu.

TA’LIFUL QULUB (menyatukan hati dan perasaan)...

Kelapang dada akan melahirkan sikap selalu memahami dan bukan minta dipahami, selalu mendengar dan bukan minta didengar, selalu memperhatikan dan bukan minta perhatian, dan belumlah kita memiliki sikap kelapangan dada yang benar bila kita masih selalu memposisikan orang lain seperti posisi kita, meraba perasaan orang lain dengan radar perasaan kita, menyelami logika orang lain dengan logika kita, maka kelapangan dada menuntut kita untuk lebih banyak mendengar dari berbicara, dan lebih banyak berbuat dari sekedar berkata-kata. “Tidak sempurna keimanan seorang mukmin hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya”. ( HR. Bukhari Muslim) :)

Thursday, October 22, 2009

Mahasiswa lancar kempen penerangan bantah e-undi

Setelah tamat tempoh seminggu yang diberikan kepada menteri pengajian tinggi bagi menjawab bantahan berhubung pelaksanaan sistem berkomputer dalam pilihan raya kampus, Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) kini memulakan kempen penerangan mereka.

Bermula di Universiti Malaya (UM) kelmarin, BANTAH mendekati mahasiswa di Speaker Corner, berdekatan bangunan pentadbiran UM - tempat yang sinonim dengan gerakan pelajar sekitar tahun 70-an.

"BANTAH akan turun ke segenap penjuru kawasan di mana mahasiswa berada dan berhasrat meluaskannya lagi ke fakulti-fakulti, seterusnya ke luar kampus.

"BANTAH yakin mahasiswa akan bangkit dengan kesedaran dan kefahaman berhubung ketidaktelusan (perjalanan pilihan raya kampus)," katanya yang mendakwa kempen mereka mendapat sambutan baik.

Pada 11 Oktober lalu, gabungan kumpulan pro-Mahasiswa (Pro-M) di universiti awam utama di Lembah Klang itu dilaporkan menghantar memorandum bantahan kepada Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin membantah pelaksanaan e-undi dalam pilihan raya kampus sesi ini.

Dalam pertemuan ringkas di Universiti Putra Malaysua (UPM), mereka mendakwa Mohamed Khaled tidak bersedia berdialog dengan mereka pada ketika itu.

Sehubungan itu, BANTAH memberikan masa tujuh hari - berakhir Isnin lalu - supaya menteri berkenaan dapat memberikan penjelasannya. Bagaimanapun, sehingga hari ini, mereka mendakwa tidak diendahkan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Aizat berkata, gabungan yang dipimpinnya itu akan menjadikan UPM sebagai sasaran seterusnya dalam masa terdekat.

Exco kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) itu juga berharap, timbalan kepada Mohamed Khaled, Datuk Saifuddin Abdullah - yang turut menerima memorandum yang sama Isnin lalu - dapat mengkaji semula arahan pelaksaan sistem itu.

Difahamkan, selain di UM dan UPM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan turut menggunakan sistem yang sama.

Manakala Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan pilihan raya kampus pada 13 Oktober lalu.

Walaupun pengundian melalui sistem e-undi sering dicurigai mudah dimanupulasi, buat pertama kalinya, calon kumpulan pro-Mahasiswa berjaya memenangi dua kerusi umum di universiti tersebut.

Saturday, October 17, 2009

KiSaH PeMuDa BeRibu - BaPakaN BaBi..

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor
babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih
sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata
Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu
lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang
sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka
pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.

Saturday, October 10, 2009

WaHai DiRi.. UcapLaH TeRiMa KaSiH KePaDa ALLaH..

Terima kasih ALlah, masih sudi memberi peluang kepada diri ini untuk terus menghirup udara di alamMu ini.

Ampuni dosa diri ini ya ALlah, culas kami pada perintahMu, terkadang jarang untuk menyebut namaMu, lupa untuk beristighfar kepadaMu..

Terima Kasih Ya ALlah, masih sudi memberikan kami rakan taulan yang dapat memberi nasihat dan peringatan kepada hati yang kabur ini. AlhamduliLLah, diri ini masih mampu untuk melangkah ke majlis ilmu dan zikir, masih diberi peluang untuk menangisi dosa-dosa yang lalu dan melihat kebenaran kitabMu yang diberikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad sallalLhu 'alaihi wasallam.

Wahai diri...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَٮٰهَا (١) وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَٮٰهَا (٢) وَٱلنَّہَارِ إِذَا جَلَّٮٰهَا (٣) وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَٮٰهَا (٤) وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَٮٰهَا (٥) وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَٮٰهَا (٦) وَنَفۡسٍ۬ وَمَا سَوَّٮٰهَا (٧) فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا (١٠)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; (1) Dan bulan apabila ia mengiringinya; (2) Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; (3) Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), (4) Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya); (5) Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); (6) Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (10)
(Surah as Syams : 1-10)

Cubalah menjenguk ke luar jendela memerhatikan kebesaran ALlah menjadikan alam ini. Alangkah cantiknya bulan yang ditaburi bebintang menghiasi langit di waktu malam. Di sebalik bintang dan bibir langit masih ada lagi bebintang lain yang tidak diketahui bilangannya melainkan Allah. Di sana ada lagi galaksi dan planet, segala jenis tahi bintang, yang rosak binasa, yang terhasilnya planet baru... Maha Hebat pengetahuanMu Ya ALlah, diri yang kerdil ini tidak mampu untuk memikirkannya.

Indahnya siang, sang matahari yang menebarkan cahayanya dengan izin ALlah untuk makhluk-makhluk yang mendiami bumi ini. Dengan mata yang terbatas ini, ALlah memberikan kenikmatan untuk melihat warna warni dunia ini, dari gelapnya malam, ALlah telah menukar pula kepada siang. Dari gelap kepada terang, dan itu juga perumpamaan kepada mereka yang mendapat hidayah dengan mereka yang lemas di dalam kesesatan dan zalim kepada diri sendiri. Terik sang mentari semakin terasa di ubun kepala, mungkin agaknya sudah hampir kita kepada penantian menunggu matahari di padang mahsyar. ALlahu ALlah.. terima kasih kerana masih sudi memberi peringatan kepada diri ini.

Wahai diri...

Seorang hamba ALlah telah bertanya, apa yang engkau mahu? dan tentunya engkau akan berceloteh panjang memberitahu apa yang diingini:

1. Rumah
2. Kaya
3. Kereta yang besar
4. Isteri Cantik
5. Jam tangan yang cantik, perhiasan diri yang lengkap, baju yang mahal, berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan, dan lagi... alangkah banyaknya kehendakmu yang tidak terbatas..

lalu soalan itu ditanya berulang kali. Akhirnya lama-kelamaan kita akan terdiam pula kerana ketidak tahuan apa sebenarnya yang kita ingini apabila semuanya sudah dipenuhi. Tentu selepas itu dirimu akan terasa kosong pula. Padahal wahai diri, engkau sebenarnya memerlukan cahaya iman yang selama ini selalu ada pasang dan surutnya.

Dan hamba ALlah itu bertanya lagi.. siapa diri engkau sebenarnya? Wahai diri, engkau hanyalah hamba ALlah yang hina, dan sepatutnya engkau tahu apa yang perlu dibuat oleh hamba yang hina yang menyembah kepada Tuhannya.

Wahai Diri..

Tentu engkau tidak lagi tahu sampai bila waktu akan diberikan kepadamu, masa yang sudah berlalu itulah sebenarnya umurmu, dan masa yang akan datang bukan milikmu dan engkau tidak tahu samada masih diberi waktu untuk menikmatinya. Tidakkah engkau ingin menjadikan hidup ini sesuatu yang bermakna dan memberi manfaat untuk akhiratmu?

Lihatlah tumbuh-tumbuhan, haiwan yang kecil dan besar, mungkin kicauan burung itu sedang bertasbih riang, daun-daun bergeseran memuji ALlah dan setiap satunya makhluk ALlah yang disangkakan bisu rupanya sedang memuji-muji ALlah, tetapi mengapa engkau jarang bertasbih dan memujiNya?..
تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ ٱلسَّبۡعُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيہِنَّۚ وَإِن مِّن شَىۡءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمۡدِهِۦ وَلَـٰكِن لَّا تَفۡقَهُونَ تَسۡبِيحَهُمۡۗ إِنَّهُ ۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورً۬ا (٤٤)

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Surah al Isra' : ayat 44)