Monday, March 2, 2009

Minta idea untuk bangunkan minda rakyat Sabah

KOTA KINABALU, 19 Julai (Hrkh) - Pengerusi Badan Perhubungan Parti KeAdilan Rakyat Sabah, Tuan Haji Ansari Abdullah meminta Naib Presiden PAS Pusat, Mohamad Sabu memberi idea bagaimana hendak membangunkan minda rakyat di negeri ini dari sudut politik.

Beliau menyatakan selepas pilihan raya baru-baru ini, rakyat di negeri ini bukan sahaja terkebelakang dari segi pembangunan fizikal malah, turut ketinggalan dari sudut politik.

"Kita nampak pada pilihan raya 8 Mac baru-baru ini, orang Sabah bukan sahaja tertinggal dari segi pembangunan fizikal tetapi juga ketinggalan dari segi politik," Katanya dalam ceramah penerangan isu-isu semasa anjuran Pakatan Rakyat semalam.

Menurutnya, pilihan raya baru-baru ini meletakkan Sabah sebagai negeri tumpuan, tetapi malangnya apabila gula-gula Barisan Nasional (BN) diturunkan, semua pengundi Sabah mengalami pemyakit kencing manis dengan menerima gula-gula tersebut.

Tambahnya, "kita malu mengapa Malaysia bertarung di satu pentas bukan atas dasar keadilan tetapi atas kejijikan dan kekotoran" katanya merujuk tindakan BN dalam pilihan raya yang menggunakan politik wang.

Beliau turut menegaskan negeri Sabah merupakan sebuah negeri nombor satu dari segala aspek di Malaysia .

"Negeri yang paling paling kaya dengan hasil bumi, Sabah, negeri yang paling miskin di Malaysia, Sabah, negeri yang selalu mendapat gangguan bekalan elektrik, Sabah, rakyat yang tidak mendapat bekalan air yang baik, Sabah, dan negeri yang bilangan penganggur tertinggi juga Sabah, gaji paling murah di Sabah dan harga barang paling tinggi juga di Sabah," katanya sambil menerima tepukan lebih 500 orang penonton yang hadir.

Namun begitu katanya "Sekarang kita duduk di kedai kopi orang ramai maki hamun BN dan cerita ini akan berterusan sehingga dewan di bubarkan, tapi bila sampai hari pembuangan undi BN juga yang akan menang ini kerana politik wang," katanya sambil menyatakan perjuangan di Sabah belum lagi bermula.

Tambah beliau lagi, idea, masa dan suara sudah habis diberi penerangan kepada rakyat Sabah, tetapi rakyat negeri ini masih terus tidur, bukan tidur enak tetapi tidur diatas duri, katanya - mns.


Kerusi Pensiangan: PAS Sabah sambut baik keputusan mahkamah

KOTA KINABALU, 10 Sept (Hrkh) - Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Haji Hamzah Abdullah berkata, PAS Sabah menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada Pilihan raya Umum 8 mac lalu batal dan tidak sah.

Beliau berkata, keputusan mahkamah itu menunjukkan dakwaan wujudnya persekongkolan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan arisan Nasional (BN) bagi memenangkan Calon BN pada pilihan raya itu adalah benar.

"Kita menyambut baik keputusan itu, dan kita percaya apa yang berlaku pada pilihan raya itu adalah perancangan jahat daripada SPR dan BN bagi menafikan hak seseorang calon untuk bertandaing dalam pilihan raya secara sah," kata beliau ketika dihubungi di pejabatnya sebentar tadi.

Beliau menambah, PAS Sabah sedia turun padang bagi membantu calon Pakatan Rakyat bila-bila masa jika pilihan raya kecil diadakan di kawasan Parlimen itu.

"Di atas semangat setiakawan dalam Pakatan insya-Allah PAS bersedia memberi bantuan semaksimum mungkin mana-mana yang disesuaikan oleh PKR pada pilihan raya itu nanti," ujarnya.

Di samping itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa kemenangan bakal berpihak kepada calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya it kelak asalkan proses pilihan raya itu diadakan secara telus dan adil dan tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Hamzah yang juga YDP PAS Kawasan Batu Sapi, melihat senario dan angin perubahan rakyat di Semenanjung akan menular ke negeri ini dan akan dijelmakan pada pilihan raya di Parlimen Pensiangan itu nanti.

Katanya, rakayat khususnya di lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat walaupun masih seumur jagung kini menikmati keselesaan dan keadilan sewajarnya terutama mengenai hak pemilikan tanah dan pembelaan terhadap perkampungan melayu.

Beliau yang begitu kesal dengan apa yang berlaku di Sabah khususnya mengenai pemilikan tanah dan pengekalan perkampungan Bumiputera Sabah yang dianaktirikan sejak sekian lama oleh kerajaan BN mengajak rakyat melakukan perubahan.

Tambahnya lagi, melalui perubahan itu sahaja, rakyat di negeri ini tidak akan lagi diperlakukan sedemikan rupa apabila dengan izin Allah Pakatan rakayat membentuk kerajaan baru kelak.

Sehubungan itu juga, beliau berharap Pakatan Rakyat dalam konteks Sabah dapat diperkukuhkan lagi melalui persefahaman dan kerjasama politik dan dalam pelbagai perkara.

Justeru katanya, PAS Sabah mahu agar KeADILan Sabah sentiasa meletakkan kerjasama baik Pakatan Rakyat di Semenanjung sebagai cerminan untuk Sabah sekali gus sebagai timbal balik dalam pelbagai hal di atas kerjasama PAS Sabah dalam Pakatan di negeri ini.

Pada Isnin lepas di Mahkamah Tingggi Kota kinablu, Hakim David Wong Dak Wah memtutuskan bahawa penolakan terhadap kertas pencalonan dari calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Danny Anthony Andipai adalah salah dan melanggar hak perlembagaan dan undang-undang bertulis berkaitan pengendalian pilihan raya untuk seseorang itu mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Dalam penghakiman 36 muka surat itu, Wong berkata, Keputusan Timbalan Pengarah SPR Sabah, menerima kertas pencalonan Andipai adalah muktamad dan tidak boleh ditolak oleh Pegawai Pilihan raya, Bubudun OT Majalu, atas alasan tidak terdapat sebarang bantahan semasa tempoh bantahan. - mns_

Perkataan Allah hanya bagi ruang lingkup orang beriman


KOTA BHARU, 2 Mac (Hrkh) - Laporan media yang menyebut Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah dianggap sebagai satu kekeliruan terhadap maksud sebenar.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Harun berkata, wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam.

"Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.

"Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya," kata beliau di sini.

Hari ini beberapa akhbar melaporkan Mursyidul Am menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Isu tersebut timbul ekoran akhbar mingguan Herald Cantholic masih berdegil menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.

Anual berkata, wartawan yang mentafsir kenyataan Menteri Besar Kelantan agak menyimpang dari maksud sebenar. - mj_

Perkataan ‘Allah’ boleh diguna agama lain


KOTA BHARU - Perkataan 'Allah' boleh digunakan oleh masyarakat agama lain kerana di zaman jahiliah mereka menggunakan perkataan itu yang dimaksudkan untuk pencipta langit dan bumi walaupun mereka menyembah berhala sebagai tuhan. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perkara itu terserah kepada Kerajaan Pusat membuat keputusan kerana beliau enggan mencampurinya dan enggan memberikan komen lanjut. “Saya tidak mahu campur isu ini kerana dalam akhbar kenyataan tidak menentu. Dulu terjemahan ‘God ‘sama dengan 'Allah' adalah salah. ‘God’ disamakan tuhan betul tetapi 'Allah' disamakan dengan ‘God’ memang tidak betul. “Dalam al-Quran pernah disebuat perangai orang Mekah zaman jahiliah yang menyembah tokong dan berhala sebagai tuhan tetapi jika ditanya siapa yang mencipta langit dan bumi mereka akan memberikan jawapan 'Allah',” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Al-Quds Travel Sdn Bhd di sini, semalam. Menurutnya, perkataan 'Allah' dari zaman berzaman disebut masyarakat bukan Islam dan maknanya golongan itu boleh menggunakan perkataan Allah. Bagaimanapun, katanya, itu terserah kepada Kerajaan Pusat untuk membuat keputusan supaya tidak mengelirukan masyarakat kerana beliau tidak suka memberi ulasan isu-isu seumpama itu. Kelmarin, akhbar melaporkan pewartaan kebenaran penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan kerana terdapat kesilapan pada warta tersebut. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dilaporkan berkata, perintah yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu bertentangan dengan keputusan kerajaan sebelum ini dan ia dibuat sebelum mahkamah memberikan keputusan. Sehubungan itu katanya, kementerian membatalkan pewartaan tersebut dan memperbetulkan segera kesilapan berkenaan.