Friday, July 31, 2009

Sejarah Kewujudan Akta ISA di Malaysia


Salam kembara dakwah..
Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas segala nikmatNYa kepada kita selama ini.. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, dan para sahabat.

Mungkin ramai lagi dikalangan kita yang tidak tahu ISA itu apa sebenarnya?dan bagaimana akta ISA ini wujud?baca artikel seterusnya dibawa ini..

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960.

Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Pernyataan seksyen perundangan yang berkaitan Akta ISA adalah seperti di bawah:

Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."

Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.

Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka.

Akta ini merupakan satu mekanisme pencegahan yang sangat berkesan serta masih dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Friday, July 24, 2009

Konspirasi Terancang Menjatuhkan ALAM.

Salam kembara dakwah...

Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas nikmat2Nya yang tidak pernah putus dari kita. Selawat serta salam ke atas nabi junjungan mulia Nabi Muhammad S.a.w, Keluarga baginda, para sahabat baginda dan para2 solehin.

Selama dua hari berturut2 kuis dikejutkan dengan satu isu yang agak panas dimana seluruh Mahasiswa kuis menghentam ALAM yang kononnya isu curi di BOT,membuat rampasan laptop dan handpone adalah perbuatan ALAM, Sejauh mana kebenaran perkara ini?

Saya secara peribadi menyatakan ini semua satu konspirasi untuk menjatuhkan ALAM oleh pihak2 tertentu yang sememangnya cuba menghalang dan xsuka dengan usaha dakwah yang dilakukan oleh ALAM. Hal ini kerana, sehingga sekarang,tidak ada bukti yang menyatakan bahawa ALAM terlibat dengan spot check yang dikatakan dilakukan oleh beberapa orang muslimat yang membawa imej seperti muslimat ALAM. Tidak ada seorang mangsa pun yang mengaku bahawa ianya perbuatan budak2 ALAM. Apa yang saya dapat daripada kebanyakan pelajar2 terutamanya dikalangan pelajar perempuan, semuanya menyatakan mereka dapat maklumat dari kwn2.tapi mereka sendiri pun xtahu bahawa samada ianya benar atau pun tidak.Saya bertanya, adakah muslimat ALAM yang berada ditempat kejadian pd malam tersebut, semuanya menyatakan "tidak". Hal ini pun saya ajukan kepada semua muslimat ALAM,dan mereka pun menafikan bahawa mereka tidak pernah membuat spot check seperti yang kita dengar.

Tapi apa yang peliknya,mengapa perkara ini terlalu pantas tersebar seperti angin...?Bukan kah ini merupakan satu perbuatan yang telah dirancang oleh puak2 tertentu?Apa tak nya, isu yang sebenarnya tidak berlaku tetapi di ada-adakan oleh puak2 tertentu dan menyebarkannya kepada semua mahasiswa kuis... Tidak kah kita sebagai mahasiswa terfikir bahawa ini semua satu konspirasi untuk memburuk2kn ALAM? dan ada agenda untuk menjatuhkan ALAM

Sebelum isu ini berlaku pun, sudah banyak desas desus yang saya dengar,yang menyatakan ada puak2 tertentu yang merancang ingin menjatuhkan ALAM. Sehinggalah timbul isu ini yang mengaitkan nama ALAM sebagai punca segala2nya.

Terlalu busuk dan biadab puak2 ini sehingga sanggup melakukan penipuan kepada seluruh mahasiswa demi menjatuhkan ALAM dibumi kuis. Puak ini cuba menanamkan persepsi sifat benci dan negatif di minda2 mahasiswa kuis terhadap KELAB AL-AZHAR MEMBERS ( ALAM ).Pastinya mahasiswa kuis tertanya2 siapa sebenarnya dalang disebalik semua ini...?

BERSAMBUNG.....

Wednesday, July 22, 2009

PERJUANGAN MAHASISWA PROGRESIF: DULU, KINI DAN MASA DEPAN.

Salam kembara dakwah....

“sila bertindak dan berbuat seperti yang pernah saya buat ketika menjadi
mahasiswa. Tapi bersedialah seperti saya dulu untuk masuk penjara”
Anwar Ibrahim


Dunia mahasiswa adalah dunia yang penuh disaluti dengan sifat romantis dan konflik. Disebalik tugas mahasiswa menelaah pelajaran, aktiviti luar kampus mahasiswa akan membuktikan tahap kematangan dan kedewasaan mahasiswa dalam wacana intelektual, nasib dan isu kemasyarakatan, politik, kesenian, kebudayaan, keagamaan, bermuamalat dan berekonomi. Atau pun mahasiswa lebih selesa dengan dunia remaja yang khayali pro negatif sementara menunggu dunia kiamat. Mahasiswa progresif(MP) adalah mahasiswa yang aktif, penggerak dan peneraju panji-panji tenaga-idea aktiviti kampus, dan prihatin terhadap persekitaran masyarakat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sama ada peringkat nasional atau internasional. Ujaran daripada Dato Seri[dulunya saudara] Anwar Ibrahim yang dianggap idola gerakan pelajar di atas memberi satu gambaran betapa besar risikonya menjadi mahasiswa progresif yang ‘radikal’ dalam politik. Risiko inilah yang diambil oleh MP dan sukar untuk diterima oleh mahasiswa pasif.

MP adalah golongan minoriti di kalangan ribuan mahasiswa yang terlena sebagai ulat buku sepenuh masa yang bertapa di labrary dan rumah sewa serta kolej, pemabuk hedonisme, pejiwang terlampau, perayau malam dan ‘anjing-anjing’ kemalasan yang lepak, tidur, bervideo games, makan, berak, bersikap pasif dan berbudaya ‘bersenangan’ di rumah sewa atau kolej. Itulah kelainan MP dengan mahasiswa lain yang selesa dengan hidup mencari ilmu tanpa roh dan praktikal, ingin cari kerja atau impiana khayali yang negatif dan ianya jelas berbeda dengan MP yang berteras gerak kerja yang amali, berketrampilan, motivasi kendiri, dan keluasan jaringan pengaruh.



CABARAN MAHASISWA PROGRESIF

Aktiviti Mahasiswa Progresif (MP) lebih terserlah dalam bidang politik nasional atau kampus berbanding aktiviti perekonomian atau sosial mereka. Pembicaraan mahasiswa dan politik sengaja diperbesarkan sehingga menenggelami isu lain kerana isu politik ini melibatkan pemilik kuasa yang bimbang dicabar atau digugat oleh anak seluang yang baru belajar berenang di kancah politik. Pemilik kuasa iaitu kerajaan dan penguasa varsiti sangat membimbangi pengaruh anak seluang ini mempengaruhi atau membangkitkan kesedaran rakyat dan mahasiswa atas pengalaman pemilik kuasa pada tahun 1970an dan rakan-rakan pemilik kuasa di luar negara yang tumbang dek kelantangan suara mahasiswa progresif seperti yang berlaku di Indonesia. Tradisi mencabar ini dibimbangi akan menjejaskan periuk nasi politik dan ditakuti juga mengempiskan kebuncitan ekonomi kaum pemodal.


Kewujudan MP disebabkan tekanan dalaman dan luaran kampus, kesedaran dan peka terhadap nasib bangsa, keinginan mengunakan keupayaan, potensi diri dan peluang di varsiti untuk berpolitik, berekonomi dan bersosial dengan masyarakat atau sesama pelajar (inter-kampus). Maka muncul mahasiswa progresif dalam politik dan ekonomi melalui kewujudan usahawan kampus, solidariti mahasiswa memperjuangkan hak asasi dan sasterawan kampus, contoh. MP juga adalah manifestasi sikap anak muda yang memberontak, terburu-buru, emosi dan romantis. Ruang istimewa di varsiti dan desakan persekitaran masyarakat membolehkan peneluran sifat kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam sesuatu lapangan. MP sanggup merubah zaman, MP bersemangat ‘lawan tetap lawan’, MP sanggup menongkah arus dan berani gagal. Begitulah azam dan semangat golongan MP.

Perjuangan MP adalah perjuangan anak muda yang ingin mengubah dan mencabar sesuatu sistem. Sistem yang teguh ingin ditelusi oleh MP yang hingusan agak khayali untuk dicapai di alam realiti. Reformasi yang diingini sungguh ‘mustahil tetapi tidak mustahil’ ini perlukan kerjasama rakyat untuk menjayakannya. Hayatilah serangkap sajak Rendra bagi sesiapa yang ingin mencabar sistem yang berkuasa membuat segalanya kecuali menjadi tuhan ini.


apa disangka kentut bisa mengganti rasa keadilan ?di negeri ini hak asasi dikurangijustru untuk membela yang mapan dan kayaburuh, tani, nelayan, wartawan dan mahasiswadibikin tidak berdaya

Rendra....


Justeru, bagi merealisasikan impiana yang khayali ini, MP perlukan satu proses pengkaderan yang mantap dan berterusan. Kader-kader ini perlu bertebaran segenap ceruk masyarakat dan organisasi termasuk kerajaan, seterusnya menyerap dan mengubah dari dalaman dengan penjernihan akhlak dan tauhid secara evolusi dan ketika itu juga rakan-rakan diluar secara berterusan melawan sistem yang korup itu. Sabar dalam perjuangan, itulah ungkapan bagi sesiapa yang ingin mengubah sistem.


Mahasiswa Progresif: Satu Perjuangan

Dalam konteks Malaysia, perjuangan Mahasiswa Progresif(MP) dibahagikan beberapa pendekatan dan aliran. Dimulai dengan isu kebajikan dan kebudayaan pada era 1960an, aliran sosialis, nasionalis dan nasionalis Islamis pada era 1970an, Islamis tulen pada tahun 1980an dan 1990an dan kini ‘Islam bersama hadhari’ pada tahun 2000an. Walapun perjuangan MP adalah perjuangan sekelompok mahasiswa tetapi perjuangan ini boleh merebak pengaruhnya di kalangan mahasiswa lain kerana mereka adalah golongan berpengaruh dan aktif di varsiti. Perjuangan yang dilihat sebagai plural ini mempunyai persamaan yang paling ketara kerana digerakkan oleh golongan yang sama tetapi berbeda aliran dan pendekatan iaitu Mahasiswa Progresif.

Peralihan ke arah mahasiswa bersama masyarakat mula memutik pada akhir 1960. Pada ketika inilah golongan sosialis melalui Kelab Sosialis Universiti Malaya telah berperanan sebagai jurubicara masyarakat. Watak utama perjuangan rakyat ini adalah Syed Hamid Ali dan Sanusi Osman. Merekalah yang mengoncangkan negara dengan berdemonstrasi di Teluk Gong setelah penangkapan wira pejuang tanah untuk rakyat, Hamid Tuah. Syed Hamid Ali sekali lagi mengetarkan lutut pemilik kuasa apabila terlibat dalam demonstrasi rapat umum pilihan raya 1969. Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya(PMUM) telah memberi bantuan berbentuk tenaga kerja dan peralatan seperti bas PMUM untuk gerak kerja parti pembangkang. Apabila Tunku Abdul Rahman menuduh mahasiswa terlibat membantu pembangkang dan tuduhan disambut dengan ajakan berdebat oleh Syed Hamid Ali mewakili pelajar dengan Tunku. Ajakan ini menyebabkan Tunku mengubah kenyataannya di dada akhbar. Begitulah perkasanya suara mahasiswa pada masa silam.
Butir permata gerakan pelajar terus bergemerlapan apabila munculnya tokoh idola paling berpengaruh dalam gerakan pelajar dan politik negara ini iaitu Saudara Anwar Ibrahim, seorang jurubicara ummat melalui suara hati nurani rakyat. Tokoh nasionalis-Islamis ini telah bekerjasama dengan ultranasionalis Melayu, Dr. Mahathir Mohammad yang berideakan ‘dilema Melayu’ telah mengoncang kestabilan kerajaan Tunku. Desakan kedua-dua ‘kekasih’ ini menyebabkan Tunku ‘mati pucuk’ untuk mentadbir dan menyerahkan kuasa kepada rejim Tun Razak. Anwar Ibrahim melalui Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) berterusan menyerang kerajaan dan penguasa universiti di bawah pimpinan Ungku Aziz terutamanya isu bahasa dan isu nasib pelajar Melayu. Kebangkitan pelajar Islam mulai berputik pada awal tahun 1970an semasa PKPIM memimpin demonstrasi rakyat Pathani sempena lawatan Perdana Menteri Thai, pada ketika inilah Aziz Deraman, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekarang telah ditahan polis.

Sementara itu, Kelab Sosialis Universiti Malaya dan PMUM juga aktif memperjuangkan isu rakyat marhaen dan antarabangsa. Tokoh sosialis yang bersuara lantang dan tidak peka agama adalah Hishamuddin Rais dan Kamarazaman Yaacob. Hishamuddin Rais yang berjiwa romantis dan tergesa-gesa ini telah berjuang bersama rakyat di Tasik Utara. Kesepaduan pelajar nasionalis-Islamis dengan pelajar Sosialis terjelma apabila mahasiswa bersatu dalam isu kemiskinan rakyat Baling. Demontrasi raksasa ini dipimpin oleh Anwar Ibrahim selaku Presiden Majlis Belia Malaysia menyebabkan AUKU telah dipertegaskan oleh ‘kekasih’ Anwar, Dr. Mahathir di Dewan Rakyat. AUKU 1975 yang dipertegaskan ini dikatakan punca kemandulan gerakan pelajar pada masa kini. Pada masa ini juga munculnya Ibrahim Ali (wakil PKPIM dan YDP Kesatuan Siswa ITM [KSITM]) yang turut membantu Anwar memanaskan suasana demonstrasi.

Selepas peristiwa Baling, dunia mahasiswa bagaikan tidak beraliran. Sebenarnya, gerakan pelajar mula dikuasai oleh pelajar nasionalis yang pro HEP dan pembodek kerajaan. Aktiviti lebih kepada kebudayaan, hiburan, kebajikan dan kemasyarakatan sehingga muncul istilah Bakti Siswa dan OPKIM yang begitu popular. Dalam masa inilah PMIUM dibawah pengaruh ABIM-PKPIM mula dianaktirikan menyebabkan mereka ini bercita-cita menguasai PMUM [golongan Islamis cuba menguasai kampus kerana hak autonomi persatuan seperti kebebasan melaksanakan program dan hak pemilikan harta benda termasuk dana kewangan telah diletak di bawah HEP dan HEP hanya mengiktiraf PMUM sebagai satu-satunya kuasa yang boleh mentadbir aktiviti pelajar secara umum]. Syed Dawilah al Edrus yang memimpin PMIUM memulakan langkah tetapi hanya menang dua kerusi. PMIUM hanya boleh berkuasa pada tahun 1979 dengan mendapat kerusi sama jumlahnya dengan pelajar nasionalis. Kebertuahan pelajar nasionalis-Islamis, apabila seorang pelajar neutral telah menarik balik sokongan terhadap pelajar nasionalis. PMUM buat pertama kali dipimpin boleh cahaya Islamis dengan pengaruh ABIM-PKPIM di bawah pimpinan Anual Bakri Haron (kini S.U Menteri Besar Kelantan).

Cahaya Islam terus gemilang di kampus-kampus di tanah air apabila proksi ABIM-PKPIM mula berkuasa di UKM dan UPM. Cahaya ini juga menyinari UTM, ITM (dibawah tokoh kecerahan IKD dan ketua Penerangan Parti Keadilan) dan USM. Walaupun pelajar nasionalis-Islamis berjaya ditumbang pada tahun 1980, pelajar Islam ala ABIM-PKPIM ini bangkit kembali menguasai kampus. Husam Musa selaku Setiausaha Agung PBMUM turut berperanan mendesak dan mengutuk kerajaan dalam isu penghinaan terhadap Islam [dikemuka oleh Tunku dalam kolum mingguannya dan Ketua Pemuda UMNO] manakala Ahmad Shabery Cheek (Ahli Parlimen UMNO Kemaman) telah memimpin pelajar dalam demonstrasi anti Amerika. Di ITM, ‘Ustaz cerah’ Khalid Jaafar, tokoh pencerah yang elitis pula memimpin demonstrasi di Shah Alam. Pada era 1980an, UKM telah muncul sebagai kem ABIM-PKPIM dibawah kelolaan Mustapha Kamil Ayub. Saudara Mus yang berintelek ini berjaya memimpin beberapa demonstrasi yang mewakili proksi ABIM-PKPIM. Begitulah cerita ringkas gerakan pelajar 1980an yang dianggap zaman kebangkitan semula gerakan pelajar tetapi berteras Islam.

Cahaya Islamis terus mantap apabila pelajar Islam tulen di bawah pengaruh PAS mula mendapat tempat di kampus-kampus terutamanya di Universiti Malaya, UPM dan UKM. Idealis PAS mula digerakkan sejak Anwar Ibrahim memasuki UMNO dibawah kelolaan Tuan Guru Abdul Hadi Awang [beliau merupakan pemidato hebat sama macam Anwar tetapi Anwar lebih popular kerana memdampingi pelajar dan masyarakat sejak akhir 1960an lagi dan Anwar menpunyai jaringan pengaruh yang luwes di arena nasional dan internasional]. Ustaz Zulkifli Yusof buat pertama kali membentuk sebuah forum yang dinamakan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) pada tahun 1986 untuk mengumpul wakil MPP setiap kampus yang terasnya Islamik. Tokoh BBMN yang utama adalah Zulkifli Yusof daripada PMUM (kini pensyarah di APIUM). Saifuddin Nasution daripada PMUPM (naib presiden Parti Keadilan Nasional) dan Idris Ahmad (Timbalan Ketua Pemuda PAS). Perjuangan pelajar Islam tulen sampai kepada klimak apabila ramai pemimpin PMIUM ditahan termasuk dikenakan tahanan ISA pada demontrasi antikonsert Sheila Majid pada tahun 1989.

Era 1990an, bagaikan tiada penentuan kuasa yang tetap dalam politik kampus. Golongan Islamis dan nasionalis bersaing hebat dan saling jatuh menjatuhkan. Sejak kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO, sebahagian besar pelajar nasionalis Islamis turut terjun ke dalam dunia nasionalisme yang dirasionalisasi oleh Anwar Ibrahim dan kroni inteklektualnya seperti Ustaz Siddiq Fadil. Walaupun perjuangan pelajar Islam kelihatan sepi, terdapat juga isu panas yang diperjuangkan oleh mereka seperti pengambilan tanah di Pulau Kundor, Melaka.

Sejak Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatan kerajaan, gerakan pelajar kembali bertaut. PKPIM mula bertaut kembali dengan bekerjasama dengan wakil Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang pro PAS. Maka gagahlah pertubuhan pelajar bawah tanah di kampus masing seperti MAMPU di UKM dan GMUM di UM. Peringkat nasional pula, BBMN dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) mula melakukan kemunculan semula setelah sepi di pertengahan 1990an. Suara GAMIS kelihatan lantang dibawah pimpinan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Isu Kerinci Link telah membuatkan mahasiswa menghidupkan kembali demonstrasi secara terbuka. Natijahnya, cukup positif apabila Masjid al Rahman masih kelihatan megah pada hari ini [terima kasih Pak Amjal dan rakan-rakannya]. Selain itu, juak yang dianggap luput dan terkubur iaitu juak sosialis mula muncul kembali dengan nama Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Jonah . Bebudak ini diasuh dengan amalan diskusi ideologi dan aksi jalanan oleh mahaguru mereka yang romantis, saudara Hishamuddin Rais. Walau bagaimanapun, aliran ini tidak mendapat tempat di kalangan mahasiswa massa kecuali kaki seni picisan di kampus-kampus .

Episod terakhir keperkasaan mahasiswa adalah penangkapan Fuad Ikhwan, isu majalah Varsity palsu dan pembakaran DTC di UM. Selepas episod ini, satu episod baru yang dinamakan pelajar ‘Islam bersama hadhari’. Suara Mahasiswa Progresif aliran Islamis telah dikasi secara halus menyebabkan pelajar lebih selesa dengan kegiatan Islam bersama hadhari iaitu berdiskusi dengan tajuk yang menyejukkan HEP, aktiviti bertamadun yang sama dengan aktiviti persatuan pelajar yang lain [karnival, riadah dan kauseling pelajar, main masak-masak di ESKUM, contoh]. Manakala pelajar nasionalis pula sudah luntur nasionalisnya. Mereka juga ingin memeriahkan Islam bersama hadhari dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Mereka bukan lagi pelajar nasionalis tulen tetapi pelajar geli (baca; lemah) gemalai dengan seni dan kebudayaan.

Hala Tuju Mahasiswa Progresif: Kini dan Masa Depan.

Pada masa kini, mahasiswa didakwa lembik, ‘mati pucuk’, lesu, pasif dan pelbagai lagi tohmahan yang dilontarkan terhadap mahasiswa. Kita tidak menafikan gejala ini turut membiak dan merebak di kalangan mahasiswa tetapi kita perlulah lebih adil dalam menilai perjuangan pelajar generasi kini dan masa depan berasaskan konteks semasa. Isu kemiskinan orang Melayu, Bahasa Melayu dan pendidikan sebagai contoh telah dicakna [tapi tidak sepenuhnya] oleh kerajaan menyebabkan mahasiswa progresif kekurangan isu untuk ditangani (secara relatifnya, banyak lagi isu yang boleh dihangat selain isu politik. Contoh, isu kemiskinan masyarakat pinggir bandar). Keterlibatan secara aktif dan berlebihan mahasiswa progresif di dalam ranjang politik menyebabkan pihak kerajaan, universiti dan media massa melabel mereka sebagai pro pembangkang. Justeru, satu proses pencambahan minda perlu diadakan untuk menilai dan berdiskusi tentang hala tuju mahasiswa progresif pada masa depan. Mahasiswa Progresif haruslah menyediakan satu pelan induk alternatif agar perjuangan mahasiswa progresif masih lagi relevan dan konsisten dalam menghadapi kedinamikan zaman. Oleh itu beberapa aspek perlu dibahaskan adalah;

a. Mahasiswa Progresif Dan Ideologi

Aliran Islamis dijangka meneruskan keteguhan pengaruhnya di kalangan mahasiswa massa walaupun pelajar Islamis mungkin tidak lagi berkuasa dalam MPP. Gerak kerja golongan pelajar Islamis lebih kepada kerja kendiri dan berkesedaran tinggi serta nekad dan setia terhadap perjuangan Islam berbanding aliran lain yang berhabuan material dan nafsu, dan menyalahi akidah Islam. Walaupun pertempuran ideologi di kalangan mahasiswa kelihatan semakin luntur, ideologi [Islam bukan ideologi tetapi satu ad din, lihat buku karangan Syed Naquib al Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin] masih lagi menjadi elemen penting dalam dasar mahasiswa progresif terutamanya Islam. Kelantangan mahasiswa progresif aliran Islamis lebih berfokus kepada menghidupkan kebenaran, keadilan dan kemurnian Islam. Isu-isu rakyat terutamanya kemiskinan bukan lagi menjadi agenda penting kerana dianggap tugas kerajaan, cuma mahasiswa progresif boleh menjadi pendesak untuk memurnikan dasar-dasar kerajaan agar komitmen kerajaan terus berlangsung. Manakala mahasiswa progresif aliran sosialis dan nasionalis dijangka akan luput kerana mereka kelihatan kebutaan dan tidak ketahuan terhadap ideologi mereka sendiri. Mereka kini semacam melakukan satu proses tranformasi ideologi iaitu ke arah kepentingan material, pangkat dan nama. Perjuangan mereka lebih kepada memenuhi ketiga-tiga unsur tersebut dan menjadi regalia [ini bermakna mereka menjadi alat pihak berkepentingan yang ingin mengekal kuasa bukan pihak memperjuangkan nilai-nilai murni seperti Islam dan kemanusiaan] untuk HEP mendapat keuntungan daripada pemerintah. Mereka kelihatan pro hiburan dan kesenian.


b. Mahasiswa Progresif Dan Ilmu

Mahasiswa dengan ilmu tidak boleh dipisahkan kerana ilmulah tujuan asasi mahasiswa berada di universiti. Iman Ghazali dalam Bidayatul Hidayah menyifatkan tujuan mencari ilmu adalah mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah. Ilmu yang dicari adalah ilmu yang bermanfaat dengan suluhan Al Quran dan Hadis yang akan mencetuskan ketakutan dan pengabdian diri kepada Allah. Orang yang berilmu juga adalah orang yang faham, taat kepada Allah dan beramal dengan ilmu yang di pelajari [Tuan Guru Abdul Hadi Awang]. Oleh sebab itu, sistem ilmu perlu diterbitkan daripada kegiatan akliah yang memerlukan imaginasi untuk menyusun maklumat dalam satu kerangka yang bermakna dan difahami [Anwar Ibrahim]. Sebagai mahasiswa yang berada di lembah keilmuan, peluang mencungkil ilmu di kampus tidak harus dilepaskan. Ilmu bukan sahaja untuk digunakan dalam pekerjaan tetapi dipraktikal dalam kehidupan sehari-harian. Ilmu yang didapati harus menjernihkan minda dengan suluhan dan bimbingan wahyu. Selaku mahasiswa yang berilmu, janganlah mahasiswa mencontohi perangai profesor kangkung yang begitu ramai di kampus dengan sifat mereka yang giat membodek untuk mendapat jawatan pentadbiran [akhirnya mereka berjaya mendapat jawatan TNC dan NC]. Profesor kangkung ini diakui bijak ini sanggup menjual kejujuran intelektual demi kebuncitan perut mereka [walapun mereka sudah boroi]. Mereka sombong dan riak dengan ilmu yang mereka ada, mereka inilah seperti yang dilukiskan oleh Allah sebagai orang berilmu tetapi tidak beramal dengan suluhan wahyu kerana tiada hidayah dan bongkak demi secangkir habuan dunia. Mahasiswa progresif seharusnya berani dengan hujahan ilmu bagi menentang kebathilan dan korupsi. Pembelajaran setiap ilmu hendaklah disuntik dengan roh Islam walaupun ilmu itu adalah fizik, kejuteraan, ekonomi atau sejarah. Serapkan ilmu-ilmu ini dengan suluhan roh Islam dan praktikalkan dalam kehidupan. Barulah mahasiswa progresif dalam merealisasikan apa yang diingini oleh Malek Bennabi, quwwat al ruh wa al-‘aql [kekuatan jiwa dan minda] terjelma kembali di dalam masyarakat kini. Mahasiswa progresif seperti ini akan mempunyai minda qur’ani-rabbani, mereka adalah generasi rabbaniyyin yang terbina tradisi pengajaran dan pemelajaran al kitab [Siddiq Fadil].


c. Mahasiswa Progresif Dan Masyarakat

Mahasiswa progresif perlu mengekalkan mereka sebagai jurubicara masyarakat di kalangan rakyat Malaysia. MP terutamanya beraliran Islamis perlu lebih aktif berperanan dalam isu kemasyarakatan. Di Malaysia, satu kekurangan yang terdapat dalam program Islamisasi ialah langkah-langkah lebih sistematis dan berkesan bagi mengatasi masalah dan penyakit sosial [Mohamad Abu Bakar]. Masalah-masalah seperti pengangguran, keciciran, penyalahgunaan dadah, pelacuran dan seumpamanya lebih didominasi oleh golongan non muslim. Alangkah indah jika mahasiswa progresif terutamanya yang berjiwa Islamis mengambil cakna tentang problem masyarakat ini. Mahasiswa Progresif perlu terjun ke dalam masyarakat tanpa memilih isu-isu popular sahaja. Mahasiswa progresif lebih selesa bermanjaan dengan isu seperti keadilan pilihan raya, isu Anwar Ibrahim, kebebasan media dan AUKU daripada isu-isu terpinggir seperti tekanan jiwa orang tua dan anak yatim, nasib orang Asli yang masih membuang air besar di sebalik pohon lalang dan kemiskinan rakyat di Sik. Ya, memang benar isu nasional mesti diutamakan tetapi isu-isu rakyat marhaen janganlah dikesampingkan. Mungkin agak sukar untuk kita mengatasi permasalahan rakyat marhaen kerana ketiadaan jentera organisai yang benar-benar mantap dan kekurangan dana kewangan tetapi mereka akan berasa puas hati setelah melihat kedatangan anak-anak muda yang bergelar mahasiswa cuba memahami suara hati nurani mereka dan mengambil berat tentang nasib mereka.

d. Mahasiswa Progresif Dalam Aktiviti Kebudayaan.

Mahasiswa perlu menjadi insan atau manusia yang memahami sifat dan kehendak fitrah manusia itu sendiri. Walaupun dunia sekarang mengejar kepentingan material melalui peluang pekerjaan, pembangunan, duit, sains dan bidang teknologi, jiwa insani mereka pada suatu masa nanti akan merasai begitu gersang sehingga berlakunya tekanan psikologi. Akibatnya mereka, pemuja material akan kembali kepada fitrah manusia itu sendiri iaitu agama dan elemen humanisme seperti seni dan budaya. Oleh sebab itu amalan spiritual mula mendapat tempat kembali di kalangan masyarakat Barat yang telah tepu dan mencapai tahap klimak dalam pembangunan material. Mahasiswa progresif seharusnya menjadi manusia nahdah dengan akal bukannya dengan jasad. Manusia nahdah mempunyai kefahaman terhadap seni berhujah dan falsafah, sastera dan muzik. Mereka juga bersifat mutafannin atau renaissane man [manusia pelbagai bidang] yang menjiwai ilmu kemanusiaan dan studi humanitatis [Anwar Ibrahim]. Bagi pelajar aliran Islam, bidang kebudayaan perlu didampingi dan perlu memahami asas pemikiran atau falsafah dan amalan harian setiap aktiviti kebudayaan berasaskan kemanusiaan serta mampu pula mengemukakan perspektif Islam dengan cara yang sebaik-baiknya [M. Salleh Yaapar]. Oleh sebab itu, dalam permasalahan cabang [selagi tidak menyalahi prinsip Islam], mahasiswa progresif terutamanya pelajar Islamis perlu menyediakan alternatif bukan menentang secara semberono aktiviti kebudayaan. Bacaan puisi dan teater boleh dijadikan medium utama untuk berdakwah. Dan bolehlah kita melihat mahasiswa progresif aliran Islamis akan bertempur dengan golongan nasionalis atau sosialis bukannya dalam pilihan raya kampus tetapi di atas ranjang aktiviti kebudayaan.


Gerakan Mahasiswa Islam


Salam kembara dakwah..

Pertama dan selamanya kita merapatkan setinggi kesyukuran kepada Allah swt...Selawat dan salam buat nabi junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w ,keluarga baginda, serta para sahabat baginda.


“bagi kita, zaman tolak ansur sudah mati! Sudah kita kuburkan bersama sama keranda jingga yang berbalut dengan segala janji dan kepalsuan manusia”
Noordin Razak



Mahasiswa merupakan pewaris kepimpinan negara dan masyarakat. Sejarah membuktikan keperkasaan, keaktifan dan sifat progresif gerakan mahasiswa telah membuahkan hasil yang cukup lumayan bagi sesebuah negara pada masa depan. Mahasiswa dilihat pendokong utama ke arah reformasi masyarakat melalui revolusi dan secara evolusi melalui penyertaan dalam pentadbiran negara. Sebagai anak muda yang mempunyai sifat kreatif, jiwa memberontak dan bersifat tergesa-gesa akan membentuk keperibadian mahasiswa yang menongkah arus dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengubah sistem yang bobrak dan korup. Mahasiswa pengubah sistem. Itulah mitos mahasiswa dalam perjuangan mereka dan khayalan ini akan disedarkan selepas mereka keluar dari alam kampus.

Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) bukanlah wadah pinggiran dalam perjuangan sosial, politik dan dakwah seantero dunia. Di Afghanistan, mahasiswa Islam telah menewaskan golongan Sosialis dalam pilihanraya kampus dan mempelopori penubuhan pasukan pejuang Mujahidin melawan Rusia. Ketua Ikhwanul Muslimin Afghanistan, Ahmad Niazi dan mahasiswa Islam Universiti Kabul mula mengerakkan kelompok pelajar Islam yang dikenali Juanan Muslim (kemudian dikenali Jamiyyah al Islamiyyah) pada tahun 1969. Pada tahun 1972, kelompok pelajar Islam berjaya menguasai kerusi di Dewan Mahasiswa Universiti Kabul dan ia telah menakutkan pendokong Komunis dan Sosialis di Afghanistan. Pada tahun 1975, Mohamad Daud mempenjarakan Ahmad Niazi dan tindakan kejam rejim ini menyebabkan ramai pemimpin pelajar termasuk Rabbani dan dan Sayyaf melarikan diri ke Pakistan. Di Mesir pula, mahasiswa Ikhwanul Muslimin telah berjaya mengalahkan golongan nasionalis di Universiti Fuad I.

Di Malaysia, kebangkitan mahasiswa Islamis berputik pada awal tahun 1970an tetapi mula mengancam survival politik golongan nasionalis pada awal 1980an. Bermula awal tahun 1990an, GMI mula mendominasi politik kampus di hampir setiap universiti di Malaysia. Walaupun disekat dengan pelbagai formula, GMI di Malaysia terus meredah ranjau perjuangan semampu yang terdaya. Di sini, penulis menukilkan sejarah awal perjuangan mahasiswa Islamis di kampus untuk memasyarakatkan masyarakat kampus dengan suluhan Islam. Penulis juga memaparkan pengolakkan antara proksi GMI dan kebangkitan dinasti kepimpinan ulama dalam politik kampus.

SEJARAH PENUBUHAN GERAKAN MAHASISWA ISLAM.


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) diwujudkan pada pertengahan tahun 1950an hasil inisiatif Syed Muhamad Naquib al Attas, seorang pelajar Islam di Universiti Malaya, Singapura. Walau bagaimanapun, peranan PMIUM mula menonjol dan rancak apabila Universti Malaya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, PMIUM di bawah pimpinan Hussein Ahmad berjaya mendapat tanah untuk Masjid Ar-Rahman yang telah dibina pada tahun 1963. Pada tahun 1962, PMIUM bergabung di bawah PKPIM dengan menubuhkan Badan al Rahmaniah atau Badan Dakwah dan Kebajikan Islam SeMalaysia. Sebelum terlaksananya AUKU, PMIUM adalah badan pelajar berautonomi dan tidak bernaung dibawah PMUM. Justeru, ia bergerak bebas tanpa terikat dengan dasar PMUM yang dikuasai oleh mahasiswa sosialis.

Pada tahun 1964, Syed Naquib pulang ke Tanah Air dan menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu. Kepulangan Syed Naquib merancakkan lagi kegiatan PMIUM apabila beliau cuba menyerap idea ‘faham Islam’ ke dalam pemikiran pelajar. Beliau telah berjaya menangkis hujah yang dikemukakan oleh golongan Sosialis dan Nasionalis dalam beberapa perdebatan ilmiah. Syed Naquib semasa menjadi pensyarah di UM dilihat sebagai mentor kepada pelajar Islamis dimana setelah kuliah ramai pelajar Islamis berkumpul di pejabat atau rumah beliau. Beliau juga merupakan antara tokoh utama mempengaruhi ABIM-PKPIM dan tokoh lagenda gerakan mahasiswa-belia, Anwar Ibrahim. PMIUM cuba melahirkan mahasiswa yang memahami al Quran dan Sunnah yang melaksanakan prinsip Islam dan menyatukan persaudaraan Islam. Pejuangan PMIUM tersebar melalui makalah seperti Suara PMIUM dan Jurnal Sejahtera.

PMIUM adalah pertubuhan pelajar pertama beraliran Islamis di negara ini yang ditubuhkan dengan kaedah yang teratur dan diakui mewakili masyarakat pelajar Islam di kampus terulung negara, Universiti Malaya. Pada 27 Jun 1961, ditubuhkan pula Persekutuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan ditukar kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) pada tahun 1963. Sebelum terjelmanya AUKU, PKPIM memayungi persatuan-persatuan pelajar Islam di setiap institusi pendidikan tetapi peranan ini mula terhakis selepas AUKU 1975 mewajibkan persatuan berbentuk gabungan nasional dan dianggotai persatuan mahasiswa universiti tempatan perlu dibubarkan. Semua persatuan mahasiswa perlu berada dibawah kawalan universiti yang dikenali sebagai Hal Ehwal Pelajar [HEP]. PKPIM bernasib baik diberi peluang untuk bernafas berbanding rakan-rakan gabungan peringkat nasional seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia [PKPM, ditubuh pada 15 Mac 1958] dan Persatuan Pelajar Asia (ASA) yang telah dimansuh. Aspirasi PKPIM dilanjutkan ke luar kampus dengan penubuhan ABIM pada Muktamar PKPIM ke 10 pada tahun 1971.

KEBANGKITAN GERAKAN MAHASISWA ISLAM DI MALAYSIA.

Kemenangan kumpulan Islamis dalam Revolusi Iran mencetus fobia kepada masyarakat sekular terhadap kebangkitan semula Islam. Gerakan Mahasiswa Islam yang digelar orang dakwah dilihat satu elemen yang menakutkan kerana ia cuba menggugat ideologi sekular yang dianuti oleh pemerintah, penguasa universiti dan sebahagian mahasiswa sendiri. Kerajaan sendiri mengkritik kegiatan dakwah di kalangan mahasiswa Islam yang dilihat berlaku ketidakfahaman para pendakwah terhadap kemurnian Islam itu sendiri. Kezahiran Islam dalam cara hidup mahasiswa seperti berpurdah dan berjanggut melahirkan kegelisahan kepada pihak pentadbir varsiti. Di Universiti Teknologi Malaysia, Anuiddin Wahid tidak menggalakkan pelajar memakai purdah. Bahkan pelajar Universiti Malaya pula terpaksa menandatangani perjanjian larangan pemakaian purdah oleh Ungku Aziz. [Lihat Utusan Malaysia, 24.6.1986.] Namun, gaya hidup Islam berasaskan sunnah Rasulullah S.A.W. terus subur, bahkan GMI cuba membentuk kuasa politik di kampus.

Peningkatan kesedaran Islam pada awal tahun 1970an telah meletakkan PMIUM sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Walau bagaimanapun, PMIUM bukanlah satu kuasa politik yang mendominasi politik kampus sebagaimana Kelab Sosialis semasa zaman keagungan gerakan mahasiswa pada awal dan pertengahan tahun 1970an. PMIUM pada ketika itu bersifat Nasionalis-Islamis yang berjuang untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu termasuk isu bahasa dan kemiskinan. Siddiq Fadil Presiden PMIUM sesi 1972/73 telah berjaya mengikis semangat nasionalisme sempit dan mengarahkan semangat tersebut mengikut perspektif Islam. Kewujudan golongan Nasionalis-Islamis ini mestilah dibuktikan dengan komitmen yang tegas termasuk pelaksanaan Islam sepenuhnya serta mengamalkan amal Islami secara bersungguh-sungguh. Oleh sebab itu, PMIUM cuba menghalang upacara kemaksiatan di Universiti Malaya seperti majlis ball night dan unsur judi dalam pestaria. Galangan bersifat anti-maksiat ini mengakibatkan PMIUM ditohmah dengan pelbagai gelaran termasuk fanatik, antisosial, perkauman, jumud dan taklid buta.

Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM yang bercorak kebudayaan dan kemaksiatan sehingga berlaku ‘perang dingin’ antara PMIUM dengan PMUM.. Oleh sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi sesi 1975/76 dan hanya diterima semula pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi 1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan. Keadaan ini mendorong PMIUM mengubah corak perjuangan dengan memasuki politik kampus agar mereka lebih progresif untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM. Cubaan pertama PMIUM untuk memenuhi cita-cita siasah dengan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba [pensyarah UIA, orang kuat ABIM], Syed Muhamad Dawilah al Idrus [pensyarah USM], Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Namun, hanya Sidek Baba dan Naharuddin Abdullah yang berjaya memenangi kerusi MPP.

Pada pilihan raya sesi 1979/80, PMIUM memenangi 10 kerusi tetapi gagal memperolehi majoriti 2/3. Antara calon PMIUM adalah Redzuan Othman di fakulti Sastera dan Yazid Othman bagi kerusi umum. Kumpulan Islam membentuk Barisan Mahasiswa bagi menentang Gabungan Mahasiswa yang disertai oleh golongan nasionalis. Pilihan raya sesi 1979/1980 telah menelurkan budaya berparti secara terbuka dalam politik kampus. Barisan Mahasiswa yang ‘menang tipis’ telah memilih Anual Bakri Haron [kini, S.U. MB Kelantan] sebagai Presiden PMUM dan Yazid Othman [kini, aktif dalam persatuan wartawan di KL] sebagai Naib Presiden. Kerajaan pelajar Islam mula mencegah aktiviti mungkar seperti jamuan arak dan budaya makan malam tahunan yang dihiasi program mungkar. Aktiviti persatuan perlu terbatas kepada aktiviti tidak bercorak ‘Yahudi’.

Penubuhan kerajaan pelajar Islam yang pertama ditentang hebat oleh proksi Nasionalis. Barisan Mahasiswa tidak dapat membentuk kabinet PMUM yang mantap kerana Gabungan Mahasiswa mendapat 11 kerusi daripada 21 kerusi [tetapi pihak neutral mengalih sokongan kepada Barisan Mahasiswa menyebabkan Barisan Mahasiswa berjaya membentuk kabinet PMUM]. Kesilapan Barisan Mahasiswa adalah memperuntukkan tiga kerusi untuk orang bukan Melayu tetapi tiada orang bukan Melayu mahu bertanding untuk Barisan Mahasiswa menyebabkan Gabungan Mahasiswa menang mudah.

Pada 4 Ogos 1979, Barisan Mahasiswa cuba menubuhkan kabinet PMUM tetapi Ketua Gabungan Mahasiswa, Yusuf Abdul Rahman cuba melakukan undi tidak percaya. Kelompok Islamis mengambil tindakan bijaksana dengan keluar mesyuarat agar korum 2/3 tidak mencukupi untuk mengundi. Yusuf Abdul Rahman menyifatkan tindakan 10 anggota Barisan Mahasiswa tidak demokrat. Barisan Mahasiswa mencabar Gabungan Mahasiswa agar meletak jawatan supaya pilihan raya kampus dapat diadakan semula. Kekecohan ini menyebabkan pendaftar HEP Yunus Nawal dan Puan Chua campurtangan. Akhirnya, Gabungan Mahasiswa bersetuju bekerjasama walaupun cuba dihalang oleh ketuanya, Yusuf Abdul Rahman. Barisan kabinet PMUM diketuai oleh Anual Bakri Haron (Presiden), Yazid Othman (Timbalan), Redzuan Othman (Setiausaha Agung), Zaidan Ali (Bendahari), Amir Hamzah Abdul, Anuar Yusof, Yahya Husin, Mohd Nor Anuar, Abdul Ghani Ghulam Din, Abdullah Rahman, Fong Seng Wah, Cheng Huck Joo, Rosli Ahmad dan Yusuf Abdul Rahman.

Menurut Yusuf Abdul Rahman, Barisan Mahasiswa adalah golongan radikal dan perkauman. Gabungan Mahasiswa berjuang berdasarkan untuk perpaduan dan kebajikan pelajar. Gabungan Mahasiswa menawarkan dasar kompromi dimana jika pihak menjawat jawatan presiden tidak boleh memegang jawatan setiausaha agung tetapi Barisan Mahasiswa membolot kesemua jawatan utama. PMUM tidak berfungsi dengan baik menyebabkan Anual Bakri mahu berbincang dengan Yusuf di Dataran Ekonomi. Pada mulanya Yusuf menolak pelawaan tersebut tetapi setelah diugut oleh Roselan Abdul Rahman untuk menarik balik sokongan terhadap Gabungan Mahasiswa, beliau bersetuju berbincang.

Krisis PMUM selesai apabila Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung meletakkan jawatan iaitu Anual Bakri Haron [kini, S.U. Menteri Besar Kelantan], Yazid Othman dan Redzuan Othman [kini pensyarah Jabatan Sejarah UM, bekas Naib Presiden ABIM]. Kebuntuan kepimpinan PMUM sejak 23 Julai 1979 dapat diselesai dengan kompromi iaitu Yazid Othman sebagai Presiden, Yap Ching Kiat (Timbalan), Rosli Ahmad (Setiausaha Agung), Zaidin Ali (Bendahari) dan Redzuan Othman (Penolong Setiausaha Agung). Tekanan HEP, kospirasi media massa dan masalah pemilihan personaliti menyebabkan golongan Islamis tewas dalam pilihan raya kampus 1980/81 pada 18 Julai 1980 kepada golongan Nasionalis.

Selain itu, kemenangan Gabungan Mahasiswa disebabkan kegagalan Barisan Mahasiswa menangani kes kepincangan perasmian TIG (aktiviti sukan), kegagalan baktisiswa di Sabah dan kegagalan program ke Indonesia. Calon ternama golongan pelajar Islam yang tewas adalah Zaidan Ali, Yazid Othman, Abdul Ghani Golamadin dan Che Yazid Che Seman. Roselan Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden PMUM manakala Rosley Ahmad dilantik sebagai Naib Presiden. Kekalahan kumpulan Islamis dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya wajar ditelusuri daripada aspek tekanan psikologi yang dicanang oleh akhbar tempatan terutamanya Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia memberi gambaran kotor dengan mewujudkan polemik ‘Regim KAMI’ di kampus-kampus universiti tempatan. Kekalahan kumpulan Islamis yang disifatkan sebagai pelampau agama di UKM disebar secara meluas di muka hadapan akhbar tersebut. Secara terancang, isu perjudian semasa Pestaria 1980 dihangatkan kembali dengan tuduhan sempitnya pemikiran pimpinan PMUM terutamanya Yazid Othman. Tekanan psikologi ini menyebabkan pelajar terpaksa menolak kumpulan pelajar Islamis.

Pada pilihan raya sesi 1981/82 yang diadakan pada 24 Julai 1981, Islamic Group yang dipimpin oleh Ahmad Shabery Cheek telah berjaya menguasai MPP. Kumpulan Islam dikenali sebagai ‘Kepimpinan Dinamis Mahasiswa Progresif’ berjaya memenangi pilihan raya kampus dan Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Presiden PMUM. Kemenangan ini meningkat imej kumpulan Islamis yang tercalar pada pilihan raya sesi yang lepas. Di bawah pimpinan Ahmad Shabery, kekuatan mahasiswa Islamis mula terserlah dengan penyertaan dalam demonstrasi anti Amerika.

Penguasaan golongan Islamis atau PMIUM terhadap politik kampus tidak berterusan kerana PMIUM memboikot pilihan raya kampus sesi 1983/84 kerana masih terdapat unsur judi dalam Pestaria sesi tersebut. Kemantapan PMIUM membolehkan calon-calon mereka menguasai pilihan raya kampus 1985/86. Kemenangan ini menelurkan aspirasi baru kepada pelajar Islam kerana kumpulan Islam mula memdominasi kampus-kampus di seluruh negara. PMUM mengorak langkah menubuhkan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) yang menyelaras aktiviti pelajar Islam di bawah pimpinan Zulkifli Yusof (Presiden PMUM).

GMI: DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMA.

Revolusi Iran jelas mempengaruhi aktivis gerakan Islam di seluruh dunia. Kewujudan negara Republik Islam Iran menandakan kemunculan satu eksperimen satu pemerintahan moden yang diperintah oleh kepimpinan ulama. Di Malaysia, kebetulan PAS mengalami krisis kepimpinan paling kritikal dalam sejarah penubuhannya apabila presidennya Dato Asri Muda yang mengimani aliran nasionalis-Islamis cuba ditumbangkan oleh Dewan Pemuda dan puak ulama PAS pada bulan Oktober 1982. Kaum muda dalam PAS yang dipelopori oleh tokoh-tokoh ABIM seperti Fadzil Mohd. Nor, Abdul Hadi Awang dan Nakhaie Ahmad telah bergandingan dengan tokoh muda Islam lepasan universiti di Barat seperti Khalid Samad dan Ishak Ali dari Suara Islam telah mengegarkan pimpinan PAS agar melakukan pemurnian semula ke arah Islam yang syumul. PAS dibawah pimpinan ulama mula mendekati gerakan mahasiswa setelah ‘sayap muda’nya ABIM dilanda krisis idealis selepas kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada bulan Mac 1982 telah melanggari keputusan syura dan memungkiri mandat Pak Natsir, Ketua Parti Masyumi Indonesia yang mengarah ABIM menghantar tokohnya ke dalam PAS bagi menyegar semula PAS. ABIM hanya sempat menghantar tokohnya pada gelombang pertama ke dalam PAS melalui Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman dan beberapa tokoh muda ABIM. GMI di kampus Malaysia mula bergolak antara pihak yang pro dan kontra keputusan Anwar yang memasuki UMNO. Perpecahan GMI amat terasa di Universiti Malaya dimana proksi ABIM-PKPIM telah gagal mempertahankan pengaruhnya dalam kepimpinan PMIUM. Proksi PAS mula menonjol apabila berjaya merebut jawatan tertinggi dalam pimpinan PMIUM dengan mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang hanya memperolehi 35 undi.

Sebelum pemilihan pimpinan PMIUM 1983/84, Azami Zaharim mencadangkan nama Takiyuddin Hasan sebagai Presiden PMIUM kepada majlis syura, manakala nama Mohammad Hussein sebagai Timbalan Presiden. Tetapi majlis syura telah memutuskan dengan sebulat hati bersetuju dengan jawatan Presiden PMIUM dipegang oleh Mohammad Hussein dan Takiyuddin Hasan bagi jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini diterima oleh Azami Zaharim yang ditugas sebagai Pemangku Presiden PMIUM yang pro ABIM. Dalam mesyuarat itu berlaku, suasana agak tegang kerana ada golongan yang mahu pimpinan PMIUM dikuasai oleh golongan ulama atau agamawan. Golongan ini mahu Ustaz Mohd Taib Ahmad dilantik sebagai Timbalan Presiden PMIUM bukannya Takiyuddin seperti yang diputus oleh syura.

Pengolakkan ini bertambah hangat apabila Takiyuddin Hasan [kini, EXCO kerajaan Kelantan] menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden PMIUM untuk memberi ruang kepada Mohd Taib Ahmad memenangi kerusi Timbalan Presiden PMIUM tanpa bertanding. Kumpulan pro PAS yang dikenali kumpulan Enam Kerinchi dikutuk habis-habisan oleh Pemangku Presiden PMIUM, Azami Zaharim sebagai pengkhianat. Kumpulan Enam Kerinchi terdiri daripada Muhamad Hussein [telah dilantik sebagai Presiden PMIUM pada sesi tersebut], Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad [kini, wartawan kanan Harakah], Azmi Ali, Fuad Zarkhashi [orang kuat UMNO Johor, Presiden PBMUM 1981/82] dan Mohd Taib Ahmad bersetuju memenangkan Mohd Taib Ahmad sebagai Timbalan Presiden PMIUM. Trajedi ini perlu dikisah kerana ia merupakan kebangkitan pertama pengaruh kepimpinan ulama oleh proksi PAS di kampus-kampus nasional. Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam lubuk nasionalis-sekular[1] menyebabkan ‘keributan’ di kampus di antara sesama golongan Islamis iaitu mahasiswa proksi ABIM-PKPIM dibantu oleh golongan sekular-nasionalis [diperkuatkan setelah Anwar berjaya menjadi Ketua Pemuda UMNO] dengan mahasiswa proksi PAS yang diasuh oleh Mustapha Ali, Nakhaie Ahmad dan Abdul Hadi Awang.

Kumpulan Enam Kerinci yang dikatakan proksi PAS berazam menaikkan Mohd Taib Ahmad sebagai Timbalan Presiden PMIUM kerana beliau adalah orang kuat Persatuan Mahasiswa Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) yang diharap dapat membantu Muhammad Hussein menegakkan kepimpinan ulama di kampus Universiti Malaya. Dalam perebutan pucuk pimpinan itu, Takiyuddin Hasan dari Fakulti Undang-Undang telah menarik diri pada saat-saat akhir sehingga proksi ABIM gagal mencari calon alternatif. Azami cuba menolak penarikkan diri Takiyuddin tetapi gagal. Kemenangan ini membolehkan PMIUM dikuasai oleh Dinasti Kepimpinan Ulama sehingga ke hari ini.

Tokoh-tokoh Kumpulan 6 Kerinchi ini merupakan pengasas kumpulan Republik Islam [turut dikenali Kumpulan Universiti Malaya] yang telah bersaing hebat dengan Islamic Represantative Council (IRC, mula berputik di Britain) digiatkan oleh Fauzi Shafie untuk menguasai Dewan Pemuda PAS pada akhir 1980an. Kumpulan Republik Islam terdiri Mohamad Hussein, Husam Musa, Ishak Ismail, Mohd Taib Ahmad, Baharin Mohamad, Syed Putra Syed Ahmad dan Mazlan telah berjaya membina pengaruh yang kuat dalam Dewan Pemuda PAS.

Penyingkiran proksi ABIM daripada PMIUM menyebabkan pimpinan PKPIM-UM melakukan pewarnaan semula dalam PBMUM. Di kampus lain seperti di UKM, proksi ABIM yang mengunakan metode Islamisasi masih memegang tampuk pimpinan PMI dan MPP. PMIUM merupakan wadah pertama penguasaan proksi PAS dalam gerakan Mahasiswa Islam selepas selama ini bergantung harap kepada pengkaderan ABIM.

GMI DAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI [ISA].

ISA dan AUKU merupakan kaedah kerajaan mengekangkan pergerakan gerakan mahasiswa di Malaysia. Kebiasaannya ISA dikaitkan dengan mahasiswa sosialis terutamanya dalam peristiwa kebangkitan mahasiswa pada tahun 1974. Dalam era 1980an, GMI turut dinodai oleh AUKU dan ISA yang zalim dan melanggari hak asasi seseorang insan. Zalim disini bukanlah berdefinisi kezaliman ala Barat seperti membunuh dan bersifat diktaktor tetapi zalim dalam definisi Islam. Dalam Islam, zalim adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini bermakna perbuatan zalim tidak semestinya membunuh, menpenjarakan orang tetapi perbuatan zalim juga boleh terpalit jika seseorang meletakkan kopiah pada lututnya. Kerana kopiah dipakai di kepala bukan di lutut. Begitulah luasnya pendefinisian zalim dalam Islam.

ISA selepas tahun 1974 julung kalinya digunakan kepada pimpinan GMI selepas demonstrasi anti konsert Sheila Majid. Polis berjaya menangkap 2 EXCO PMIUM bersama 22 orang pelajar yang lain semasa mereka bertahlil. Mereka telah diikat jamin dengan 3 penjamin dan bersyarat. Pada 15 September 1989, pelajar yang ditahan dipanggil untuk disoal siasat di Balai Polis Jalan Pantai. Dalam soal siasat ini, dua pimpinan PMIUM, Jamali Adnan dan Jamaluddin Ramli telah dikenakan tahanan ISA. Turut ditahan adalah Pengarang Harakah, Ahmad Lufti Othman, bekas Setiausaha Agung PMUTM. Pada 26 September 1989, PMIUM menghantar wakil berjumpa dengan Menteri Pendidikan, Anwar Ibrahim dan Anwar sendiri berjanji akan menyelesaikan masalah ini. Pada 27 September 1989, PMIUM menghantar wakil bertemu Dato NC, Syed Hussein al Alatas atas alasan hukuman yang dikenakan tidak relevan dengan status mereka sebagai mahasiswa. Contoh, Alias Sulaiman daripada Fakulti Ekonomi dikenakan RM 1000 dan Jalal Busri disingkir daripada kolej dan didenda RM 350.

Terkini, pimpinan pelajar dari PMUM sesi 2001/2002 iaitu Mohd Fuad Mohd Ikhwan dikenakan tahanan ISA setelah beberapa hari makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Fuad Ikhwan dikenakan tahanan ISA pada tahun 2001 kerana terlibat dalam beberapa demonstrasi haram, penerbitan Majalah Varsiti palsu dan pembakaran DTC. Semasa zaman reformasi, pimpinan PKPIM turut terseret ke dalam tahanan ISA adalah Ahmad Zaki Yamani, penuntut UiTM yang memegang jawatan Setiausaha Agung PKPIM. Pemimpin PKPIM yang lain yang turut ditahan adalah Ahmad Sabrimi Mohd. Sidek dan Ahmidi Dato Manan.

Begitulah dekatnya ISA, AUKU, Akta Polis dan penjara dalam kamus GMI. Untuk siapakah GMI mengorbankan masa dan diri mereka dalam tahanan, dan mengadai masa depan mereka. GMI hanya mahu kebenaran dan keadilan menyinari kehidupan masyarakat negara ini walaupun sebahagian besar masyarakat tidak menghiraukan perjuangan mereka.

Isu Teoh Beng Hock


Teoh Beng Hock telah "dikasari dan diugut" oleh pegawai penyiasat SPRM dalam sesi soal siasat yang berlanjutan sehingga 10 jam sebelum beliau dijumpai mati, sebuah akhbar Filipina melaporkan dengan memetik sumber-sumber yang rapat dengan SPRM.

Menurut laporan Philippine Inquirer, soal-siasat ke atas Beng Hock adalah sebahagian daripada konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atas tuduhan kononnya mereka menyalahgunakan dana.

"Apabila beliau (Teoh) enggan berbuat demikian (bekerjasama), pegawai-pegawai berkenaan mengheretnya ke tingkap di bangunan 14 tingkat berkenaan dan mengugut akan mencampak beliau keluar," kata sumber berkenaan yang tidak diberi kebenaran untuk bercakap kepada media.

Beng Huat sepatutnya dijadualkan akan berkahwin pada hari mayatnya ditemui.

Tunang beliau sedang mengandung anak pertama mereka dan berikrar akan memelihara bayi terbabit sebagai simbol kasih sayangnya terhadap Beng Huat.

Pegawai-pegawai SPRM pula mendakwa Teoh bukanlah suspek tetapi enggan menjawab soalan mengapa beliau disoalsiasat bermula dari lewat petang hingga awal pagi keesokannya dan mengapa peguamnya tidak dibenarkan turut serta.

Menurut akhbar itu, seorang lagi ahli pembangkang Tan Boon Hwa memberi keterangan beliau dikenakan tekanan mental dan fizikal ketika disoal-siasat oleh SPRM bersama-sama Beng Hock, tetapi di bilik berasingan.

Boon Hwa dipaksa berdiri selama empat jam oleh pegawai SPRM yang mengugut akan mencederakannya.

"Mereka berulangkali memanggil saya Cina bodoh. Mereka berkata jika saya tidak "bercakap benar", isteri saya akan diculik dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya, namun saya enggan mengalah," kata Tan lagi.

Ramon Navaratham, penasihat kepada SPRM mengakui bahawa "tiada manusia biasa boleh manahan taktik soal-siasat SPRM yang menggunakan taktik tekanan mental dan fizikal" dan menggesa agensi itu mengkaji semula prosedur siasatannya.

"Kematian Teoh adalah satu tragedi dan tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi.

Kerajaan BN di bawah pimpinan UMNO berjanji akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kematian Teoh, namun segelintir sahaja yang mempercayai jaminan tersebut.

Ahli Parlimen DAP, Liew Chin Tong, berkata kematian Teoh mendedahkan "elemen jahat kerajaan BN pimpinan Umno".

"Dalam cubaan (BN) untuk mengaitkan wakil rakyat pembangkang dengan rasuah supaya ini akan membuka jalan kepada satu lagi rampasan kuasa, SPRM sudah mula membunuh generasi muda kita.

"Kini, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan Malaysia bebas daripada pemerintahan kejam BN dan keadilan ditegakkan di negara kita yang tercinta," tambahnya lagi.

Saturday, July 4, 2009

MELAYU JADI BANGSA YANG BANGSAT AKIBAT MENOLAK ISLAM


Salam kembara dakwah..

Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas segala nikmat- NYA yang xpernah putus drpd kita. Selawat dan salam keatas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w,keluarga baginda,serta sahabat-sahabat baginda.

"hidup melayu...hidup melayu.."inilah slogan yang kita selalu dengar dari mulut2 pemimpin melayu kini yang bermulut manis yang kononnya memperjuangkan bangsa melayu.
Ingin tahu jasa yang mereka dah buat untuk bangsa Melayu?
Baca artikel nie sampai habis..

Hidup bangsa Melayu ?

• Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,sehingga kini terdapat lebih kurang 70,348 anak luar nikah yang telah didaftarkan di dalam negara,lebih kurang 30,000 daripadanya adalah anak-anak orang Melayu ISLAM!
• Permainan judi ekor,mengikut kajian golongan-golongan intelektual Islam,daripada kenyataan bekas Mufti Perak,Dato` Dr Hj Harussani Zakaria,75% daripada jumlah yang bermain judi ekor terdiri daripada orang Melayu ISLAM!
(Harian Metro)
• Kadar kemiskinan orang Melayu ISLAM!! Di Malaysia adalah 70% berbanding dengan kaum-kaum yang lain.
• Kenyataan bekas Mufti Perak,dalam setahun sahaja,Orang Melayu Islam telah membelanjakan kira-kira RM 1 billion untuk membeli/meminum arak,dan kira-kira RM 3 billion dibelanjakan untuk berjudi. (Harian Metro)
• Statistik Agensi Dadah Kebangsaan (ADK),lebih kurang 25,393 daripada 36,996 atau 70% penagih dadah yang dikesan sejak 2003 adalah dari kalangan masyarakat Melayu ISLAM.Jumlah ini meningkat ke paras 75% pada tahun 2005?.Rujukan data ADK,daripada 55 buah pusat pemulihan dadah persendirian,kira-kira 80% atau 44 buah diusahakan oleh bukan Islam-33 daripadanya oleh orang Kristian. (Majalah MASSA 10-16 April 2004)
• Menurut perangkaan yg dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,dalam tempoh 6 tahun (dari 2000-2008),sebanyak 12,971 kes juvenil dilaporkan dan polis telah menahan 21152 org remaja Melayu yg berumur di bawah 18 tahun.Dari jumlah itu,remaja Melayu ISLAM!! Paling banyak ditahan,iaitu 5 KALI GANDA!!!!! Lebih tinggi berbanding dengan remaja kaum yg lain.Tahun 2000 (1883 remaja ditahan),tahun 2001 (1734 ditahan),2002 (1535 ditahan),2003 (1060 ditahan),2004 (3792 ditahan) dan tahun 2005 (4164 ditahan).(Dewan Masyarakat Mac 2006)
• Pengangguran,sehingga 2005,terdapat kira-kira 48,100 siswazah Melayu daripada kira-kira 60,000 siswazah pelbagai bidang menganggur di negara ini.Peratusannya,ialah kira-kira 80.2% siswazah Melayu yang menganggur.(Harian Metro,15 Mei 2005)
• Ekonomi negara umat Melayu ISLAM! kini dikuasai oleh orang bukan Islam.Arah tuju ekonomi negara ditentukan oleh orang bukan Islam:
~Dalam bidang perubatan/kesihatan,90% daripadanya dimonopoli oleh orang-orang bukan Islam,iaitu penguasaan sebanyak RM 328 billion!!..
~Tertapat 7 badan pengamal perubatan di Malaysia,hanya satu daripadanya hanya Islam,iaitu Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia,yang lainnya adalah Cina.
~ Sudah 49 tahun negara kita merdeka,namun pencapaian ekonomi umat Melayu ISLAM tidak
berubah langsung dari 18%. ( Taklimat Kongres Umat Islam SeMalaysia dan Isu-isu mutakhir umat Islam di Masjid Negeri Ipoh,3 November 2006)
• Penglibatan remaja Melayu ISLAM dalam kumpulan-kumpulan “SETAN” amat menyedihkan iaitu sebanyak 95% yang terlibat dalam kumpulan Mat Rempit SkinHead,Punk,Black Metal,Hip-Hop,Grunge,JIT (jangan ikut Tuhan),kongsi gelap,Rudeboy (SKA),dan yang terbaru,GOTHIK dan banyak lagi fahaman-fahaman barat yang sesat.(Realiti semasa)
• Bangsa Melayu ISLAM! Seolah-olah merempat di tanah air sendiri,lihat sendiri di bandaraya Ipoh,majoriti kedai-kedai atau premis-premis perniagaan adalah milik kaum lain,bangunan-bangunan besar kebanyakannya milik kaum lain,pasaraya-pasaraya dan banyak lagi dikuasai oleh kaum lain.Anak Melayu hanya bekerja sebagai “kuli” atau pekerja bawahan sahaja.Itupun mereka masih mampu berbangga dapat bekerja di 7-eleven,McD,KFC,Kenny Rogers,TESCO,Giant,Jusco dan premis-premis lain.Lihat juga kebanyakan yang memonopoli sektor swasta adalah bangsa-bangsa lain,nasib kita hanya terletak kebanyakannya pada sektor kerajaan sahaja.(Realiti semasa)
• Kira-kira 80-90% pengunjung pesta-pesta terbuka,konsert-konsert hiburan yang melalaikan (JomHeboh,malam tahun baru,malam merdeka,perayaan dll),pusat-pusat hiburan,disco,pub,bar,snooker dan tempat maksiat lain terdiri daripada orang Melayu ISLAM!! (realiti semasa,survey drpd pemuda ekspedisi da`wah malam merdeka,malam tahun baru,jomheboh,konsert kongsi raya dll-zouk pub kl,saloma pub & bistro kl,hard-rock café,planet hollywood dan beberapa tempat di sekitar bukit bintang kl )
• Gejala hamil luar nikah dan pelacuran di kalangan pelajar di IPT juga semakin berleluasa.(Harian Metro)
• Guru disiplin menjumpai kondom dalam beg pelajar perempuan MUSLIM!! sebuah sekolah menengah di Taman Melawati,Kuala Lumpur.
• Pengkhianatan pemimpin Melayu yang anti Islam:
-Tun Dr.Mahathir Mohamad
“Siapa tau janggut nabi macam mana? Siapa biasa tengok janggut nabi? Ada gambar? Kita tak tahu.Ada pula yg kata janggut nabi mesti sampai ke pusat.Ada yg special sikit macam tu! (ketawa).Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam.Kononnya sunnah nabi.Kita tak tahu.Kita tak tahu sebenarnya macam mana janggut nabi (menahan ketawa).Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia (nabi s.a.w) bukan ada Gillete.Zaman nabi ada Gillete ke? Tak ada? Pisa Cukur pun tak ada masa tu.Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu?.Lepas itu dia berjalan sana sini naik unta.Bukan nak dapat air banyak…(di) padang pasir”.
(Dr.Mahathir Mohamad,1997 semasa Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan (turut bergelak ketawa semasa pemimpin ini menghina sunnah nabi termasuk juga ulama-ulama kerajaan yg berada di dalam majlis itu.)
“Hukum rejam (HUDUD) kepada penzina adalah primitif”
(Dr.Mahathir Mohamad,3 mac 1994 di Nilam Puri,Kelantan,Pita rakaman)

“Saya ingin memastikan negeri-negeri yg diperintah oleh BN tidak melaksanakan Hudud.”
(Dr.Mahathir Mohamad,Mesyuarat MT UMNO)

“Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudharat kepada orang Islam.Apakah dalam keadaan org Islam telah lemah,hukum-hukum yg boleh melemahkan orang Islam itu mesti dilaksanakan?”
(Dr.Mahathir Mohamad,3 Mac 1994,Pusat Bahasa Arab,Nilam Puri Kelantan.)



“Al-Qur’an perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini,”
(Pasir Mas,14 Ogos 1994,pita rakaman)

“Kita (kerajaan pusat) akan mengambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
(Pasir Mas,Kelantan,14 Ogos 1994)

“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh org lain tidaklah secucuk dgn agama Islam”
(Pasir Mas,Kelantan,14 Ogos 1994)

“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri,nescaya ramailah umat Islam yg akan mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam kerana org bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”
(14 Julai 1992)

“Bagaimanakah kita harus maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki bagaimana mereka mahu bersaing dgn bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup.Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yg mempunyai rakyat yg berbilang kaum dan agama”
(2 Mei 1992,papar,Sabah)
• Sekumpulan 14 remaja,semuanya Melayu ISLAM!! Mengadakan pesta seks,saling tukar-menukar pasangan di sebuah bangunan kosong.(Muka depan Harian Metro)
• 4 murid ISLAM!! Tahun 2 di sekolah rendah di Taiping melakukan seks oral di bawah meja di bilik darjah.Salah seorang murid lelaki itu telah menonton filem lucah bersama ibubapanya pada malam sebelum hari kejadian.
• Kehadiran jemaah di Masjid pada waktu-waktu solat fardhu amat menyedihkan,paling banyak pun 3 saf,malahan terdapat kes di beberapa kampung Melayu di mana terdapat hanya Imam dan Bilal sahaja yang melakukan solat jemaah.Masjid cantik,indah dan besar seperti stadium,tetapi kosong dengan jemaah.Sebaliknya saf-saf di konsert-konsert dan pesta-pesta hiburan penuh sesak dengan kehadiran kaum muslimin sehinggakan ada yang sanggup berjalan kaki berkilometer jauhnya semata-mata untuk melihat aksi artis yang dipujai.(Realiti semasa)
• Ulama` dihina,disekat,dipinggirkan,sunnah Rasulullah SAW diperlekehkan,Nabi SAW dihina di dalam surat khabar sebaliknya artis-artis dipuja,dijadikan idola,disanjung tinggi.
Isu penyekatan Ulama’ daripada memberi Ilmu di Masjid dan Surau.
Berikut adalah senarai pendakwah dan ulama’ yg di‘gam’ oleh UMNO dan BN dari berceramah di Masjid dan Surau;
-Sahibus Samahah Dato’Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)
-Sahibus Samahah Dato’ Sheikh Azmi (bekas Musti Pulau Pinang)
-Sahibus Samahah Dato’ Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
-Ustaz Prof.Dato’Dr.Harun Din (Majlis Fatwa Perlis/bekas pensyarah UKM)
-Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (bekas pensyarah ITM/ahli panel Forum Perdana Hal-Ehwal Islam TV1
-Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas pensyarah U.Brunei Darussalam)
-Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)
-Dato’Haji Ustaz Ismail Kamus (pendakwah terkemuka negara)
-Ustaz TaibAzamuddin (bekas Imam Besar Masjid Negara)
-Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam)
-Ustaz Mohamad Mustapha (ulama’ muda yg masyhur dari Kelantan)
- Ustaz Md.Daud Che’ Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)
-Kapten Najmuddin Alias (pegawai agama ATM)
-Ustaz Yazid Jaafar (penceramah terkemuka)
-Dr.Hasan Ali (bekas Ulama’ UMNO)
-Ustaz Daud Che’ Ngah (pendakwah terkemuka)
-Ustaz Ahmad Awang (Bekas Pengerusi Persatuan Ulama’ Malaysia)
Dan ramai lagi penceramah/pendakwah yg tidak sehaluan dgn mereka (kerajaan) disekat….
• Seorang artis/pelakon wanita MUSLIM bertindak menyaman bapa kandungnya sendiri!! kerana tidak membenarkannya memilih sendiri pasangan hidupnya.
• Soal menutup aurat tidak diambil berat lagi,terdapat kaum muslimat mendedahkan aurat sesuka hati mereka sedangkan firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31: “Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada wanita yang beriman,hendaklah mereka menundukkan pandangan mata mereka (jangan memandang kepada lelaki yang bukan muhrim) dan hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka.Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya (muka dan tangan) Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung kepala hingga menutupi kepala mereka.” (Lihatlah persekitaran anda)
• Sepanjang 1985-1991,daripada 449 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak,43.3% daripada kanak2 malang ini adalah berketurunan Melayu (ISLAM),29.5% India dan 22.5% orang Cina.(Jabatan Kebajikan Masyarakat 1996)
• Sepanjang 1985-1991,daripada kes 166 kes remaja lari dari rumah,59.6% daripadanya membabitkan orang Melayu.(Bahagian Psikologi Kementerian Kesihatan 1992)
• Pada 1992,daripada 970 kes penderaan ke atas golongan remaja,45.6% membabitkan keluarga Melayu.(Bahagian Psikologi Kementerian Kesihatan 1992)
• Sepanjang 1997-Ogos 1999,jumlah kes pembuangan bayi di kalangan orang Melayu (ISLAM) ialah seramai 106 orang,cina 12 orang,dan india seramai 19 orang. (Jabatan Kebajikan Masyarakat,1999)
• Di antara 1997-1999,jumla kes rogol yang melibatkan orang Melayu ialah 859 kes (1997),964 kes (1998) dan 949 kes (1999).Di kalangan orang cina ialah 146 kes (1997),160 kes (1998) dan 154 kes (1999).Orang India mencatatkan 95 kes (1997),106 kes (1998) dan 82 kes (1999).Lain-lain kaum 223 kes (1997),277 kes (1998) dan 284 kes (1999).(Sumber Polis DiRaja Malaysia)
• Pada 1992,bilangan mak nyah atau ‘pondan’ Melayu adalah sebanyak 77.5%,India 10.84%,cina 8.33% dan lain-lain berjumlah 3.33%.(Majalah Umi,Julai 1993)
• Kadar penceraian juga meningkat daripada 506 kes pada tahun 1992 kepada 615 kes pada tahun 1993 di Wilayah Persekutuan sahaja! (Muslimah,April 1993)
• Kes sumbang mahram yang melibatkan bapa kandung drpd kalangan orang Melayu (ISLAM) adalah seperti berikut;1992:42 kes,1993:35 kes dan 1996:62 kes.Kejadian yang melibatkan bapa tiri ialah 18 kes pada tahun 1991 dan 25 kes pada 1992.
• Orang Melayu takut kepada pemerintah daripada takutkan Allah.Cthnya,ramai yg takut berjuang di jalan Allah kerana takut akan ditangkap masuk ISA dan membiarkan sahaja pemimpin mereka mentadbir negara dgn cara pemerintahan Jahiliyyah tanpa menegurnya.(Realiti)
• Anggaran perbelanjaan untuk dadah di kalangan penagih Melayu setiap bulan adalah RM 105 juta dengan purata RM 10 sehari bagi setiap individu.Ini bermakna dalam tempoh setahun wang yang dibelanjakan untuk dadah ialah RM 1.26 bilion!!!!!! (Sunday Mail,6/2/94,Utusan Malaysia,10/2/96,Berita Harian,8/4/96 dan New Straits Times,11/7/96)


• Bilangan penduduk Malaysia yang dijangkiti HIV dan AIDS ialah seramai lebih kurang 420,000 pesakit.Daripadanya,Remaja Melayu (ISLAM) berjumlah 290,000,iaitu sebanyak 70%.(ADK)
• Dan yang paling menyedihkan dan menyakitkan hati serta menyayat hati kita,setakat ini,menurut kenyataan Mufti Perak,sebanyak lebih kurang 392,000 orang Melayu yang telah MURTAD!! Ini termasuk Melayu (262,000 org),Jawa (72,000 org),Bugis (11,000 org),Minang (89 org),Banjar (58 org) dan lain-lain (46853 org),(fakta dari JOSHUA,pertubuhan paderi-paderi seMalaysia dan kajian sekumpulan golongan intelektual)
-sumber Taklimat Kongres Umat Islam SeMalaysia dan Isu-isu mutakhir umat Islam Malaysia di dewan kuliah Masjid Sultan Idris Syah II Ipoh,(Masjid Negeri),3 November 2006.

Adakah bukti2 di atas masih xcukup untuk menyatakan bahawa bangsa Melayu semakin hancur dan rosak akibat menolak ISLAM ? Inilah kesan perjuangan pemimpin Melayu yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu...Sungguh hebat cara mereka menjahanamkan bangsa sendiri...

Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa seluruh dunia akan datang mengemuruni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengemuruni talam hidangan mereka”.Lalu salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kami sedikit pada masa itu?” Kemudian Rasulullah menjawab, “bahkan kamu pada waktu itu sangat ramai sekali,tetapi kamu umpama buih ketika musim banjir.Dan Allah akan mencabut rasa gerun di hati musuh terhadap kamu dan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit lemah jiwa (wahan).” Lalu salah seorang sahabat bertanya, “Apakah lemah jiwa itu wahai Rasulullah?” Kemudian Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.”
(Hadis Riwayat Abu Daud