Saturday, September 5, 2009

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Salam kembara dakwah...

Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt yang telah banyak berjasa kepada kita,telah banyak nikmat2 Allah yang kita nikmati sekarang, dan nikmat yang paling besar adalah nikmat Iman dan Islam. Selawat serta salam buat kekasih Nya junjungan mulia nabi Muhammad S.a.w, keluarga baginda serta para sahabat baginda yang telah banyak berjasa dalam menegakkan Islam di mata dunia, sehingga tersebar ke seluruh alam.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana AlQuran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul AlQuran yang berlaku pada malam jumaat, 17 ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.a.w. Mungkin kita selalu menyebut nuzul tapi xtau apa yg dimaksudkan dgn 'nuzul' ?Perkataan 'nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa AlQuran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.a.w, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya bagi mereka-mereka yang serius memikirkan rahsia yang terkandung dalam AlQuran.

Apa pula yg di maksudkan dengan AlQuran ? AlQuran bermaksud bacaan atau himpunan. Didalamnya terhimpun ayat menjelaskan pelbagai perkara meliputi persoalan tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi, dan seluruh aspek kehidupan manusia. Kalimah AlQuran sering dicantumkan dengan rangkai kata "AlQuran mukjizat akhir zaman ". Inilah kelebihan AlQuran, tidak ada satu perkara pun yang tidak diceritakan dalam AlQuran, dengan kata lain semua ada terdapat dalam AlQuran.

Firman ALLAH SWT :

" Dan tidak seekor pun binatang yang melata dibumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada kami tinggalkan sesuatu pun didalam AlQuran ini, kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka ( untuk dihisab dan menerima balasan )".
( Surah An'am : 38 )


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)



Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.



Wednesday, September 2, 2009

Ma'a taufiq Wannajah Fil Imtihan



Salam Kembara Dakwah...
Moga kita semua diberi ketenangan,kefahaman dan kepandaian disaat menghadapi peperiksaan.

Wednesday, August 26, 2009

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan penuh keberkatan...


Salam Ramadhan .....
Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Tuhan yang memiliki dunia ini dan seisinya, memiliki segala yg ada di alam cakerawala ini dan pemilik seluruh makhluk yang wujud di seluruh alam. Selawat serta salam buat nabi junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda serta para sahabat baginda yang sentiasa berjuang untuk menegakkan dan membawa risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia..

Ramadhan merupakan madrasah agung yang banyak untuk kita pelajari daripadanya. Cara terbaik untuk mengenali tetamu yang mulia ini ialah dengan melihat bagaimana Rasulullah saw menyambut bulan ini. Bagaimana baginda bersedia untuknya? Sejak bulan Rejab lagi baginda sudah berdoa “Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”. Inilah persedian jiwa dan kerinduan muslimin yang inginkan segala kebaikan yang terkandung dalam bulan ini.

Ramadhan merupakan titik tolak kepada perubahan diri ke arah yang lebih baik. Pakar psikologi menyatakan bahawa: jika manusia ingin mengubah sikapnya, hendaklah dia berterusan membiasakan dirinya dengan sikap yang baru selama 21 hari, inilah Ramadhan yang datang untuk membiasakan kita dengan sikap positif selama 30 hari! Semoga Ramadhan mampu membiasakan kita dengan sifat-sifat berikut:

1. Ikhlas…..Puasa merupakan satu-satunya ibadah yang menjadi rahsia antara hamba dan TuhanNya. Ibadah yang khusus untuk Allah swt. Ibadah lain seperti sujud dan korban boleh dibuat selain kerana Allah tetapi kita tidak dapati seseorang berpuasa kecuali kerana Allah swt.

2. Sabar….. Seorang muslim berlatih untuk bersabar dan memikul bebanan. Pada bulan-bulan lain mungkin kita selalu marah dan bersikap kurang sabar, dan mengeluh,tetapi dalam bulan Ramadhan kita akan bersabar sehingga waktu berbuka puasa. Kesabaran ini akan mejadikan kita sentiasa bersabar dalam semua aspek dalam kehidupan.

3. Penyantun….. Sekiranya seseoarang dicaci atau diejek, dia terus berkata: “Ya Allah aku sedang berpuasa”, maka ini melatih kita untuk menahan marah.

4. Disiplin dan ketepatan masa…Waktu adalah kehidupan, seperti yang dinyatakan Hassan al-Banna. Pada bulan-bulan lain kita jarang sekali melihat kepada jam waktu, tetapi dalam Ramadhan kita sentiasa meneliti waktu seperti sahur, berbuka puasa dan waktu azan.

5. Kesatuan ummah…bilangan muslimin seluruh dunia mencapai 1 billion. Bayangkan jumlah yang sebegitu ramai bersama-sama berpuasa dan berkumpul untuk beribadah.

Wednesday, August 19, 2009


Kemuliaan Ramadhan

Tarbiyah di Sepanjang Ramadhan


Ahlan Wasahlan ya Marhaban. Saya yakin semestinya seluruh umat Islam dunia sudah merasai debaran kedatangan Ramadhan yang di nanti-nantikan. Saya sebagai mahasiswa yang menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, walaupun sibuk dengan pelbagai assignment dan mid them, tetapi jua tidak terlepas dari merasai debaran kedatangan bulan yang mulia ini.Pastinya ramadhan kali ini menjanjikan 1001 rahmat bagi hamba-hambaNYa yang menggunakan bulan mulia ini dengan amalan2 yang mulia.Teringat kembali nostalgia kisah pada ramadhan yang lepas, banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup saya yang sehingga kini masih terpahat diminda.Namun Ku mengharapkan ramadhan kali ini lagi bermakna dan lebih baik dari ramadhan lepas.

Allah SWT Dzat Maha pendidik dan pembina seluruh manusia terutamanya kepada orang yang beriman. Allah SWt memberikan peluang tarbiyah kepada kita baik secara konsepsional (Al-Quran) maupun operasional (solat dan lain-lain), agar keperibadian kita mampu dibentuk seperti acuan Rasulullah saw. Apatah lagi dengan kedatangan puasa di bulan Ramadhan, satu anugerah Allah kepada kita untuk di manfaatkan sebagai pemacu pembinaan diri. Puasa ibadat yang kita jalankan yang mana di dalamnya terdapat amal-amal yang lain tentunya mampu untuk membantu kita bermuqarabah dengan Allah, dengan ikatan kepadaNya yang tidak pernah lekang.

Sahabat,
Kita semua memahami bahwa manusia itu terdiri dari unsur jasad yang lekat dengan nafsu yang dapat mendorongnya menjadi manusia berperangai syaitan dan ruh yang dekat dengan penciptanya dapat mendorongnya menjadi manusia yang soleh (dalam ketaatannya kepada Allah). Pembinaan Ramadhan ini diharapkan dapat membentuk manusia yang dapat dikuasai oleh ruhnya sehingga ia betul-betul dapat beriman kepada Allah Azza wa Jalla.

Adakah engkau perhatikan orang-orang yang mempertuhankan nafsunya. Adakah engkau dapat menjadi pengawas atasnya (QS. Al-Furqan ayat 4).